Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 October, 2010

Tabung Baitulmal Sarawak sumbang RM7,000 kepada pelajar miskin Betonmg


Caption: MANFAATKAN...Shamsul (kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada seorang penerima (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

BETONG, Jumaat (22 Okt) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah meneruskan usaha untuk mengukuhkan tradisi keilmuan dengan menyerahkan bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar fakir miskin menerusi majlis yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Bahagian Betong kelmarin.

Ketua Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap berkata bantuan ini berupa kewangan sara hidup kepada empat orang pelajar IPT yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM7,000.

“Setiap pelajar fakir miskin ini menerima bantuan sara hidup bernilai RM2,500 seorang. Dengan adanya bantuan ini TBS berharap agar mereka dapat meneruskan pengajian demi mengubah taraf hidup keluarga di masa akan datang,” katanya.

Selain itu TBS kata beliau juga mengalakkan golongan daif untuk lebih serius dalam menimba ilmu pengetahuan demi menyumbang ke arah pembangunan negara dan komuniti masing-masing selepas ini.

Dunia menurut juga semakin maju dengan adanya perkembangan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang seterusnya menuntut golongan tersebut untuk tidak ketinggalan dalam menimba ilmu berkenaan.

“Adalah tidak wajar bagi golongan daif masih berada pada tahap kerahan tubuh semata-mata. Mereka tidak harus ketinggalan dalam menimba ilmu pengetahuan demi kesenangan hidup masing-masing pada masa akan datang.

“Justeru TBS telah turun padang bagi membantu golongan pelajar daif yang mempunyai bebanan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi demi kesenangan hidup mereka dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Shamsul menerusi majlis itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mana-mana individu dan pertubuhan yang sanggup mengeluarkan zakat, sedekah dan wakaf demi kepentingan ibadah serta kepentingan penduduk Islam di sini.

Terdahulu Shamsul menerusi majlis berkenaan juga turut menyampaikan bantuan berupa pakaian terpakai hasil sumbangan orang awam dan pertubuhan di sini kepada Pejabat Agama Islam Betong untuk diagihkan kepada fakir miskin dan pihak Saudara Kita.

Hadir sama ialah Pegawai Agama Islam Bahagian Betong; Ustaz Hazimin Sakir bin Said, Penghulu Kampung Pusa, Haji Ramli bin Seni dan kakitangan Pejabat Agama Islam Bahagian Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment