Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2010

Sempena Piala Sarawak 2010: Skuad Sri Aman sedia ganyang Mukah dan Kuching


Caption: SEDIA BERENTAP! Zaidil (berdiri kanan sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama pemain kesebelasan utama (berbaju hitam) skuad Merpati Putih Sri Aman ketika sesi latihan kelmarin.


SKUAD Merpati Putih Sri Aman bakal menghadapi cabaran dalam Kejohanan Bolasepak Piala Sarawak 2010 ini nanti apabila diletakkan dalam saingan peringkat Kumpulan C bersama skuad Kuching dan Mukah bermula 17 hingga 21 Oktober kelak.

Skuad pimpinan jurulatihnya iaitu Morshidi Sindu itu nanti bakal turun menentang skuad Mukah pada 19 Oktober bermula jam 3.30 petang di Stadium Sarawak manakala menentang skuad Kuching pula pada 21 Oktober bermula jam 3.30 petang di Padang D, Kuching.

Walaupun diletakkan dalam Kumpulan C bersama skuad kental iaitu Mukah dan Kuching namun skuad Merpati Putih menyatakan rasa tidak gentar mereka untuk berhadapan dengan kedua-dua skuad tersebut pada kejohanan itu kelak.

Utusan Sarawak yang mengambil berkesempatan untuk meninjau sesi latihan skuad Merpati Putih di Padang Lama Kementerian Belia dan Sukan Sri Aman mendapati kesemua pemain menjalani latihan intensif bersempena dengan kejohanan itu lewat petang kelmarin.

“Skuad Merpati Putih dibarisi oleh lapan orang pemain senior dan 14 orang pemain junior bagi menghadapi perlawanan peringkat kumpulan bagi saingan Kumpulan C bersama skuad Kuching dan Mukah pada 19 dan 21 Oktober ini.

“Kita akui bahawa Kuching dan Mukah adalah pasukan kuat. Namun begitu skuad Sri Aman tidak akan mudah mengaku kalah ketika menghadapi kedua-dua skuad itu dan sedang giat menjalani intensif di sini bermula 9 Oktober lepas hingga sekarang,” menurut penolong pengurus skuad Merpati Putih iaitu Zaidil Haji Ripin.

Sri Aman yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan suku akhir Piala Sarawak 2008 ini kata beliau akan dibarisi seramai tujuh orang pemain senior dan empat pemain baru bagi mengisi ruang kesebelasan utama skuad terbabit kelak.

Tujuh orang pemain senior itu kata Zaidil ialah Abang Yahya Haji Abang Sulaiman, Aza Zakri Jahar, Abdul Mutalif Tamin, Abdullah Sanyut, Abang Zainul Akhbar Abang Budiman, Jameri Budiman dan Awang Zaharuddin Awang Ahmad manakala empat muka baru pula ialah Wan Saberi Wan Sarbini, Tuanku Mazuan Wan Sarbini, Mohd Israk Haji Ismail serta Trevor Saga Banga.

Manakala selebihnya pemain simpanan bagi skuad Merpati Putih ini ialah Victor Abit, Mackenzia Richard Riot, Nicoleson Kumpang, Abang Mohd Zaini, Hairil Jaafar, Noorfaizal Abang Tamizi, Frankie James, Abang Jolhadi Abang Budiman, Akmal Nerawi, Mohd Zulfadzli Tahir dan Nick Yunus Illahi.

“Justeru kita berharap agar barisan kesebelasan pemain utama skuad Merpati Putih Sri Aman ini kelak mampu membuat kejutan terhadap skuad Kuching dan Mukah pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Sarawak ini nanti,” kata Zaidil.

Skuad Merpati Putih Sri Aman ini dikendalikan oleh pengurusnya iaitu Wan Shaferi Wan Abdullah manakala Tahir Ibrahim pula dilantik sebagai penolong jurulatih bagi skuad terbabit.

Bagi memantapkan lagi teknik perlawanan, skuad Merpati Putih Sri Aman telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama skuad SADIA Sri Aman dan Sokanjaya Sri Aman di padang berkenaan baru-baru ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment