Caption: RASMI...Nyalau (tengah) sambil diapit oleh Rayong (kiri) dan Aeries (kanan) ketika menyempurnakan upacara memotong kek pada majlis berkenaan.
ENGKILILI, Selasa (5 Okt) – Jangan jadikan gereja sebagai gelanggang permainan politik sempena pilihan raya negeri akan menjelang kelak demikian nasihat Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.
Katanya gereja termasuk masjid, surau dan tokong adalah merupakan rumah ibadat penduduk mengikut kepercayaan masing-masing dan tidak seharusnya disalahgunakan bagi tujuan politik.
“Jangan jadikan gereja sebagai pusat untuk menyebarkan ideologi politik dan menghasut penduduk bagi menyertai perjuangan politik mereka lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri kelak.
“Tindakan ini salah dan tidak wajar kerana gereja adalah rumah ibadat penduduk bagi mereka yang memeluk agama Kristian dan seharusnya digunakan untuk tujuan politik. Bertindak demikian sama seperti menghina rumah ibadat Tuhan,” katanya.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Tengahari Bersama Bishop Aeries Sumping Jingan bertempat di Gereja Saint Michael, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.
Selain itu beliau juga mahu penduduk menjadikan gereja sebagai pusat untuk mewujudkan hubungan perpaduan dan tali silaturahim dikalangan diri masing-masing selepas ini.
Dengan berbuat demikian, semua penduduk terutama sekali penganut agama Kristian di kawasan Lubok Antu kata Nyalau akan dapat menjayakan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia selepas ini.
“Agama mengajar setiap penganutnya untuk saling hormat-menghormati dikalangan satu sama yang lain. Justeru saya berharap agar nilai ajaran agama dapat disemai bagi memperkukuh ikatan perpaduan di antara mereka pada masa akan datang,” katanya.
Hadir sama ketika berlangsungnya Majlis Makan Tengahari Bersama Bishop Aeries Sumping Jingan bertempat di Gereja Saint Michael, Engkilili iatu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.
Tamat.
No comments:
Post a Comment