Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 October, 2010

Penduduk Simunjan minta patung Burung Munjan diperindah


Caption: PERLU DIPERINDAH... Mercu tanda replika Burung Munjan perlu diperindahkan semula oleh pihak majlis demi menaikkan status Simunjan dikalangan pengunjung luar selepas ini.

SIMUNJAN, Jumaat (22 Okt) - Jika berkunjung ke Pekan Simunjan, kita akan dapat melihat replika dua ekor burung bertenggek di sebatang dahan pokok yang terletak di Padang Sentral.

Replika berkenaan adalah merupakan sepasang Burung Munjan yang dipercayai menyumbang kepada munculnya nama Simunjan dikalangan penduduk tempatan di situ pada masa sekarang.

Bagaimanapun agak menyedihkan ialah apabila mercu tanda Burung Munjan yang dibina pada awal tahun 1990 dahulu ini seolah-olah telah diabaikan serta tidak diselenggara dengan sempurna.

“Dahulu mercu tanda replika Burung Munjan ini dibina dan dipasang dengan pagar oleh pihak majlis di kawasan tengah iaitu tidak jauh dari kawasan tapak yang sedia ada sekarang.

“Bagaimanapun mercu tanda replika Burung Munjan pada masa sekarang kelihatan terabai. Justeru diharap agar pihak majlis membina mercu tanda ini dikawasan yang strategik dan dipagar dengan landskap yang lebih indah selepas ini,” menurut beliau.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Saperi dari Lemujong menyokong agar pihak Majlis Daerah Simunjan (MDS) memperindahkan semula mercu tanda replika Burung Munjan.

Katanya mercu tanda replika Burung Munjan ini perlu diperindah oleh pihak majlis agar pengunjung dari luar kawasan ini tahu mengenai asal-usul nama Simunjan di masa akan datang.

“Mercu tanda replika Burung Munjan lambang kebanggaan penduduk Simunjan. Oleh yang demikian adalah amat wajar sekiranya pihak majlis melaksanakan kerja memperindah kawasan mercu tanda ini mulai sekarang,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment