
Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI
SRI AMAN, Isnin (12 Okt) – Orang ramai dari sekitar bandar Sri Aman ini dipelawa untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman esok (Selasa 13 Oktober).
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 yang merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.23 Lingga itu akan bermula pada jam 9 pagi.
Pengerusi pengelola majlis, Hajah Simoi binti Haji Peri ketika dihubungi berkata tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menjayakan lagi perlaksanaan konsep 1Malaysia dalam negara ini khususnya di Sri Aman.
“Dibawah konsep 1Malaysia, semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama dijemput untuk hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan majlis ini di lokasi dan masa yang telah dinyatakan.
“Kita mahu semua penduduk berbilang kaum di Sri Aman dapat sama-sama menikmati suasana kemeriahan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri disamping mengeratkan lagi hubungan sesama mereka,” katanya.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 peringkat Bahagian Sri Aman tambah Simoi lagi bakal diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada jam 10 pagi.
“Justeru saya berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis itu kelak disamping melihat wajah pemimpin mereka (Taib) dengan lebih dekat,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment