Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2009

Beri anak peluang belajar ke sekolah teknik - Mong


Caption: RASMI...Masir (tengah), Mong (kiri), Chimbie Bunsi (tiga kanan), Biong Lebang (dua kiri) bersama tetamu undangan khas ketika sedang menyempurnakan upacara memotong kek penubuhan gereja berkenaan malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (10 Okt) – Anak-anak perlu diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke institusi, sekolah teknik atau vokasional sekiranya mereka gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mong anak Dagang berkata kemasukan anak-anak ke sekolah teknik akan membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja yang lebih meluas selepas itu.

“Bagaimanapun ada ibubapa yang sekadar menghantar anak-anak bekerja di kedai kopi apabila mendapati bahawa mereka ini gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti universiti.

“Anak-anak patut diberi peluang untuk mencungkil potensi kerja dalam diri masing-masing. Justeru menghantar anak-anak untuk menyambung pelajaran ke sekolah teknik seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak di Kuching adalah merupakan satu tindakan yang bijak,” menurut beliau.

Mong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun Gereja Saint Mark Chapel Punggu Ke-23 bertempat di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Dengan bertindak demikian usaha ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam hidup menurut beliau tidak akan menjadi sia-sia daripada melihat mereka hanya sekadar makan gaji tanpa mencungkil potensi bekerja sebenar dalam diri masing-masing.

“Lagipun negara pada masa akan datang memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam bidang teknikal dan kemahiran. Jadi adalah wajar anak-anak diberi peluang untuk memperoleh kemahiran dalam bidang teknikal mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Vicar Gereja Saint Luke Sri Aman, Venerable Archdeacon Chimbie Bunsie, pengerusi pengelola majlis, Biong anak Lebang, kakitangan kerajaan, para pemimpin gereja tempatan dan ketua kaum dari kawasan Punggu, Pantu.

Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 berjumlah RM4,000 kepada Biro Wanita Gereja Saint Mark Chapel Punggu manakala Masir pula mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM5,000 kepada jawatankuasa pengurusan gereja berkenaan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment