Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 October, 2009

Aksi luncur benak Antony Colas tarik perhatian penduduk


Caption: TIDAK SABAR...Gambar menunjukkan sebahagian daripada penduduk di Tebingan Sungai Sri Aman yang mahu melihat aksi meluncur benak oleh Antony Colas hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (16 Okt) – Taman Tebingan Sungai Sri Aman menjadi tumpuan ratusan orang penduduk di bandar ini yang ingin menyaksikaan aksi meluncur benak oleh seorang lelaki warganegara Perancis pada jam 3 petang hari ini.

Rata-rata penduduk mahu melihat sendiri aksi Antony Colas, dari wilayah Bordheux, Perancis ini untuk yang mahu meluncur benak di Sungai Batang Lupar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelumnya.

Ketika ditemuramah secara ringkas oleh Utusan Sarawak sebelum ini, Colas, 41, menyatakan bahawa beliau selama ini sering meluncuri benak di Sungai Dordogne dan Sungai Garonne dalam negaranya sendiri.

“Negara saya juga mempunyai benak (di Sungai Dordogne dan Sungai Garonne). Selain meluncur di situ saya juga pernah melakukan aktiviti meluncur benak di China dan Brazil sebelum ini sebelum mencuba bakat saya di Sungai Batang Lupar Sri Aman,”katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai wartawan bebas di Eropah ketika berkata kepada Utusan Sarawak menyatakan hasrat untuk menulis artikel mengenai pengalamannya meluncur di Sungai Batang Lupar Sri Aman selepas ini.

Terdahulu Colas sambil dibantu oleh sebuah bot penyelamat telah memulakan aksi meluncurnya kira-kira tiga kilometer dari kawasan Taman Tebingan Sungai Sri Aman sebaik sahaja benak dengan ketinggian 5.7 meter menyusuri sungai terbabit bermula jam 3 petang.

Bagaimanapun beliau dengan menggunakan papan selaju miliknya hanya berjaya meluncuri benak terbabit sehingga ke kawasan tebingan sungai di Kampung Hilir sebelum menaiki bot penyelamat berkenaan.

Aksi meluncur Colas di Sungai Batang Lupar ini ternyata mendapat tepukan dan sorakan meriah daripada para penduduk yang berhimpun di kawasan Tebingan Sungai Sri Aman itu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment