Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2009

mendiang Rentap selamat dikebumikan hari ini

By Edwin Raoh

LUBOK ANTU, Khamis (15 Okt) - Bekas Chief Inspektor Polis Rentap anak Jemut yang meninggal dunia di kediamannya dalam Kampung Iban, Lubok Antu awal pagi hari Selasa lalu telah selamat dikebumikan jam 10.30 pagi hari ini.

Mendiang Rentap yang juga memegang jawatan Pemanca sebelum ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Angelican Saint Philip Lubok Antu iaitu kira-kira 500 meter dari rumah kediamannya.

Sebelum upacara pengebumian dilaksanakan, jenazah menurut menantunya iaitu Dennis anak Tandat, terlebih telah dibawa ke Gereja Saint Philip Lubok Antu untuk tujuan disembahyangkan.

Jenazah mendiang kemudiannya menurut beliau telah dibawa berarak mengelilingi Pekan Lubok Antu sebagai tujuan untuk memberi tanda penghormatan terakhir kepada mendiang.

Dennis yang bekerja di Jabatan Penerangan Dearah Lubok Antu berkata, kesihatan mendiang amat teruk sejak dua tahun lalu lepas disebabkan sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.00 pagi Selasa lalu.

Sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, mendiang Rentap pernah menerima sebanyak tiga anugerah iaitu Ahli Mangku Negara (AMN), Bintang Bentara Sarawak (BBS) dan Pingat Peringatan Delima (PPD)

Mendiang Rentap, 85 tahun yang mendapat gelaran Bujang Berani meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan lapan orang cucu.

Orang kenamaan yang turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah rakan karibnya Bekas Menteri Perumahan Sarawak Datuk Sri Celestine Ujang, Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak ak badak, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, para kakitangan kerajaan dan para ketua kaum dari sekitar Lubok Antu.

Tamat

No comments:

Post a Comment