Caption:
1.RASMI...Jabu sambil disaksikan oleh (dari kiri) Ng, Zakaria dan Pathii (belakang) ketika melancarkan simbolik perasmian majlis hari ini.
2.SELAMAT DATANG...Jabu (kanan sekali) sambil diiringi oleh Uggah dipelawa untuk menandatangani buku pelawat yang diletakkan di hadapan Dewan Sri Kenanga, SMT Betong hari ini sebaik sahaja tiba.
BETONG, Sabtu (17 Okt) – Ibubapa dinasihat agar mengutamakan perbelanjaan kewangan terhadap aspek pendidikan anak-anak demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
Menurut ibubapa perlu membelanjakan kewangan mereka untuk mempertingkat prestasi akademik anak-anak dan bukannya membelanjakan wang terbabit untuk tujuan yang tidak berfaedah.
“Jangan belanjakan wang anda (ibubapa) dengan membeli arak atau bermain judi kerana ia sama sekali tidak mendatangkan sebarang faedah terhadap aspek pembangunan hidup keluarga masing-masing.
“Ibubapa sebaliknya perlu menabung atau membelanjakan wang untuk meningkatkan tahap akademik anak-anak memandangkan mereka ini apabila sudah berjaya kelak akan memberi kesenangan terhadap ibubapa itu sendiri,” katanya.
Beliau yang Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Infrastruktur berkata demikian ketika berucap merasmikan Jubli perak dan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-25 bertempat di Dewan Sri Kenanga, Sekolah Menengah Teknik (SMT) Betong hari ini.
Sementara itu kata Jabu, penguasaan anak-anak dalam bidang akademik adalah amat penting memandangkan mereka adalah aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan negeri.
Jelas beliau, golongan anak-anak juga bakal menjadi harapan untuk mengantikan para pemimpin negara bagi meneruskan usaha pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial di masa yang akan datang.
"Maka saya berharap agar ibu bapa tidak meletakkan beban sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka sebaliknya terus menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih utuh untuk melahirkan lebih ramai lagi para pelajar cemerlang di negeri ini,” katanya.
Jabu menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM10,000 masing-masing kepada Persatuan Ibubapa dan Guru SMT Betong, Maktab Rendah Sains MARA Betong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit, Betong.
Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, Robert Lawson Chuat, Timbalan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Sarawak, Haji Zakaria Mohd Noor, Pengetua SMT Betong, Ng Fook Yin, Timbalan Residen Betong, Haji Pathii Kerni dan para pegawai kerajaan dalam daerah ini.
Tamat.
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
17 October, 2009
Jimat duit, jangan berjudi- nasihat Jabu kepada ibubapa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment