Caption: SELAMAT HARI IBU...Not (tengah) bersama anak-anak sedang memotong kek sebagai simbolik perayaan hari terbabit di kediamannya malam tadi. Foto:ZULIA HAJI JEMAT
SRI AMAN, Ahad (10 Mei) – Kerinduan hati seorang ibu terhadap anak-anak dan suami yang berada di perantauan selama ini akhirnya terubat ketika berlangsungnya Sambutan Hari Ibu yang diadakan secara serentak di seluruh dunia pada hari ini.
Not anak Jaul, 52, dari Rumah Sali, Empadi Entega, dalam kawasan Undop, Batu Lintang, Sri Aman berpeluang untuk menyambut Selamat Hari Ibu bersama tiga orang anaknya walaupun tanpa kehadiran suami tercinta iaitu Entri anak Tingkan, 59, dan seorang lagi anak perempuan sulungnya iaitu Missi, 36, yang kini berada di perantauan.
Not bersama anaknya iaitu Gilbert, 35, Penny, 28, dan Nawie, 16 bersama suaminya Maccollin telah mengadakan sambutan Hari Ibu di kediamannya mereka (Empadi) tepat jam 12 tengah malam tadi.
“Walaupun tanpa kehadiran suami (Entri) dan anak perempuan sulung saya (Missi), namun kehadiran tiga orang anak saya cukup untuk membuatkan sambutan Hari Ibu 2009 pada hari ini menjadi penuh bermakna.
“Sebagai seorang ibu yang sentiasa bersendirian di rumah selama ini, saya berasa cukup terharu kerana anak-anak telah pulang untuk memberikan sokongan moral kepada dan menunjukkan penghargaan masing-masing menerusi sambutan hari tersebut,” katanya.
Anak perempuan sulungnya iaitu Missi menurut beliau telah mengikut suaminya menetap di Bintulu manakala anak lelakinya iaitu Gilbert pula berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di Perak.
Dua lagi anak perempuannya iaitu Penny kini menurut Not bekerja di bandar Sri Aman manakala Nawie pula sudah berkahwin dan mengikut suaminya iaitu Maccolin ke Lubok Antu.
“Lagipun suami saya Entri sekarang ini bekerja di luar negara dan hanya pulang ke sini (Empidi) sebulan sekali. Jadi sebagai seorang ibu, pemergian anak-anak dan suami membuat saya berasa sunyi di rumah.
“Mujurlah sambutan Hari Ibu pada hari ini telah menyatukan kami sekeluarga semula walaupun hanya untuk sementara waktu...saya berasa gembira kerana hati seorang ibu dapat diceriakan menerusi kehadiran anak-anak pada hari ini,” katanya.
Tamat.

No comments:
Post a Comment