Caption: DALAM PROSES... Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kini masih lagi dalam proses pembinaan.
SRI AMAN, Khamis (30 April) – Pesta Benak dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos ini di bandar Sri Aman kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.
Bagaimanapun tarikh tepat mengenai penganjuran temasya berprestij berkenaan kata beliau bergantung sepenuhnya kepada tempoh siap pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar yang kini masih lagi dalam proses.
“Saya dimaklumkan sebelum ini bahawa terdapat beberapa penangguhan dalam proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kerana disebabkan oleh faktor cuaca buruk.
“Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) yang sepatutnya siap dalam bulan Mei ini mungkin dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Jun nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.
Jika Taman Tebingan Sungai Batang Lupar berjaya disiapkan pada akhir bulan Jun nanti maka berkemungkinan Pesta Benak Sri Aman 2009 akan dapat diadakan pada bulan Ogos tahun ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkenaan.
Justeru Harden berharap agar proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar dapat berjalan dengan lancar demi membolehkan Pesta Benak di adakan di kawasan itu pada tahun ini.
Terdahulu projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa bagi peringkat Fasa I (A) yang bermula dari bermula dari pondok jeti sehingga ke kawasan tengah Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman ini telah menelan kos perbelanjaan berjumlah RM2,160,300.
Taman Tebingan Sungai Batang Lupar ini yang telah mula dibina pada bulan Mei tahun mengandungi dataran aktiviti Pesta Benak, terminal sampan, perabot taman, pentas tinjaun Benak dan landskap tebingan Batang Lupar yang lebih lembut.
Sekiranya projek Fasa I (A) ini siap kelak maka kerajaan akan melaksanakan projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar bagi peringkat Fasa I (B) yang bakal menelan perbelanjaan berjumlah RM4 juta.
Tamat.

No comments:
Post a Comment