Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2009

Perlengkap diri dengan ilmu pendidikan - Nyalau


Caption: PRIHATIN…..Nyalau (dua kiri) sedang berbicara dengan seorang penduduk bagi mendengar masalah yang dikemukakannya sebelum berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (12 Mei) – Penduduk dari kawasan pedalaman harus memperlengkapi diri masing-masing dengan ilmu pendidikan yang secukupnya sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan di bandar pada suatu hari kelak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Dan Suai Kenal Sekolah Kebangsaan Nanga Aup, Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai golongan remaja dari kawasan pedalaman telah berhijrah ke bandar kerana mahu mencari pekerjaan dan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Mungkin mereka tidak mahu ‘cari makan’ di kawasan rumah panjang sendiri. Jadi perlengkapan dahulu diri masing-masing dengan ilmu pendidikan sekiranya mahu mencari kerja di bandar kerana saingannya di situ lebih mencabar,” katanya.

Selain itu beliau juga mahu merancang perbelanjaan pendidikan anak-anak lebih awal agar mereka ini kelak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada masalah kewangan.

“Atas sebab ini saya telah mengumumkan penubuhan Tabung Pendidikan Lubok Antu bagi membantu para pelajar yang terdesak apabila ibu bapa mereka mengalami masalah kesuntukan kewangan untuk membelanja anak-anak ke peringkat lebih tinggi.

“Tujuan saya menubuhkan tabung ini ialah kerana saya tidak mahu mendengar adanya golongan pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana ketiadaan duit,” katanya.

Justeru Nyalau berharap agar pihak ibubapa memberi perhatian yang lebih serius terhadap hal perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka mulai dari sekarang demi kebaikan diri masing-masing.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Nanga Aup.

Tamat….

No comments:

Post a Comment