Dari sarawakupdate.com.my
oleh Abdul Hakim Bujang
Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.
Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.
Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
(sila klik bahagian ini untuk contoh maklumat tepat PKR kepada rakyat… PKR Sabah/Sarawak siapa PPN nya ya. Adakah ini suatu sindiran Mustafa Kamil buat Anwar Ibrahim…. )
sdr hakim perlu lebih banyak belajar untuk menyakin pembaca mengenai apa yang ditulisnya. jangan asyik sembrono, kerana akibatnya pincanglah moral dan telahan terbitan palsu.
ReplyDelete