Caption: SIMBOLIK...Simoi sedang merasmikan upacara simbolik pelancaran KEBAS sambil disaksikan tetamu undangan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis malam tadi.
SRI AMAN, Ahad (10 Mei) – Golongan belia merupakan intipati dan paksi kepada kekuatan sesebuah negara di masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.
Justeru adalah amat penting bagi golongan belia di negara ini dididik dengan keperluan agama yang secukupnya demi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah aktiviti sosial kurang sihat dari masa ke semasa.
“Ingin saya tekankan di sini bahawa kekuatan sesebuah negara sebenarnya bergantung penuh kepada peranan yang dimainkan oleh golongan belia mereka termasuk dari segi sumbangan masing-masing terhadap aspek ekonomi, politik dan sosial.
“Kekuatan sesebuah negara boleh menjadi lemah sekiranya golongan belia ini terjebak dalam kancah aktiviti tidak sihat terutamanya jenayah...maka itu adalah amat penting nilai didikan agama disemai dalam diri mereka untuk sepanjang masa,” katanya.
Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Fiesta Karaoke Sri Aman 2009 yang dianjurkan bersempena dengan Majlis Pelancaran Kelab Belia Bersatu Batang Lupar Sri Aman (KEBAS) di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.
Selain itu beliau juga menasihatkan golongan belia agar tidak mudah menerima kemasukan budaya barat yang mempunyai amalan bertentangan dengan budaya ketimuran penduduk dalam negara ini.
“Paling dikhuatiri ialah tindakan belia mengamalkan budaya Barat ini akan menyebabkan penduduk akan kehilangan identiti kaum mereka secara sedikit demi sedikit di masa akan datang.
“Atas sebab ini saya memohon ibubapa untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak masing-masing agar identiti kita sebagai bangsa Malaysia dapat terpelihara dikalangan generasi seterusnya,” kata Simoi lalu mengumumkan peruntukkan berjumlah RM2,000 kepada kelab berkenaan.
Hadir sama ialah wakil Residen Sri Aman, Zaidi Haji Sarkawi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Ishak Ismail, Pengerusi KEBAS, Awang Magreb Awang Anie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.
Majlis Pelancaran KEBAS malam tadi telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk yang ingin menyaksikan pertandingan karaoke, persembahan poco-poco dan persembahan hip-hop.
Tamat.

No comments:
Post a Comment