LUBOK ANTU, Sabtu (16 Mei) – Dua buah ‘rumah tempat tinggal sementara’ yang terletak belakang rumah panjang Bertik di sini musnah menerusi kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.30 pagi malam tadi.
Kejadian kebakaran ini turut memusnahkan sebanyak 150 guni padi yang pada masa itu turut disimpan dalam kedua-dua rumah tempat tinggal sementara berkenaan.
Ketua Pasukan Bomba Sukarela Lubok Antu, Kapitan Tay Cho Min ketika dihubungi berkata kejadian kebakaran ini telah disedari oleh dua orang remaja yang secara kebetulannya sedang menonton televisyen di bilik rumah panjang masing-masing.
“Menyedari berlakunya kebakaran di ‘dampa’ (pondok kecil sementara) belakang rumah panjang berkenaan, kedua-dua remaja tersebut kemudiannya bertindak memanggil semua penghuni berhubung kejadian terbabit,” katanya.
Para penghuni rumah panjang berkenaan kata Tay telah menggunakan dua buah alat pemadam kebakaran dan sumber air untuk memadam api yang sedang memusnahkan dampa serta kesemua guni simpanan padi tersebut.
Kesemua api kebakaran ini berjaya dikawal sepenuhnya oleh para penghuni rumah panjang berkenaan kira-kira setengah jam kemudian sebelum lima anggota pasukan Bomba Sukarela Lubok Antu tiba di tempat kejadian untuk memberikan bantuan katanya.
“Pasukan Bomba Sukarela Lubok Antu telah menerima panggilan berhubung kejadian ini pada jam 1.33 pagi dan tiba di tempat kejadian pada jam 2.05 pagi.
“Api kebakaran sememangnya sudah berjaya dikawal oleh penghuni rumah panjang berkenaan sebaik sahaja kami sampai dan puncanya setakat ini dikenalpasti oleh kami akibat daripada aktiviti memasak puluk di dapur dampa berkenaan pada waktu petang sebelum berlakunya kejadian,” menurut beliau.
Tindakan pantas dua orang remaja berkenaan menurut Tay secara tidak langsung telah menyelamatkan rumah panjang mereka daripada dijilat oleh api kebakaran yang sebelum itu memusnahkan dua buah dampa belakang rumah panjang terbabit.
Tamat.

No comments:
Post a Comment