Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2011

Tiga projek RES bakal dilaksana di Engkilili tahun ini


Caption: BERSAMA RAKYAT...Rayong (tengah) bersama Nyalau (dua kanan) ketika tiba untuk merasmikan majllis berkenaan kelmarin.


ENGKILILI, Selasa (1 Mac) – Penyaluran bekalan elektrik ke kawasan pedalaman Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili terus diperhebat dengan adanya perlaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi tahun 2011.

Perkara ini diumumkan oleh ADUN Engkilili iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah di Rumah Dudong, Murad, Skrang dalam kawasan Engkilili kelmarin.

“Projek bekalan elektrik 24 jam atau RES bernilai RM1,756,843 akan mula kita laksanakan di Rumah Karak, Rumah Ameh dan Rumah Ungin dalam kawasan Setengin, Lubok Antu pada tahun ini.

“Kita juga akan melaksanakan projek bekalanm elektrik 24 jam bernilai RM3,613,325.44 untuk Rumah Mujan, Rumah Murad, Rumah Ripong dalam kawasan Jalan Murad,” kata Rayong.

Satu lagi projek RES bernilai RM2,516,173.15 jelas beliau juga akan dilaksanakan di rumah panjang sepanjang Jalan Skrang, Pelasok, Engkilili, Rumah Empading, Bunu, Rumah Pais, Skrang dan Pelasok.

Jika projek RES ini sudah siap dilaksanakan kelak kata Rayong, kesemua penduduk dalam ketiga-tiga kawasan projek berkenaan bakal menikmati kemudahan elektrik selama 24 jam selepas ini.

“Bagaimanapun perlaksanaan projek ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama penduduk terhadap kita. Jika penduduk terus menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional (BN) maka projek ini akan dapat dilaksana dengan lancar.

“Pentingnya ialah jangan dengar segala tohmahan pihak pembangkang mengenai BN kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu menaiktaraf hidup penduduk di kawasan luar bandar dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment