Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

Skuad Bujang Senang sedia hadapi saingan Pertandingan Tarik Tali 2011 Karnival Mesra Belia DUN Lingga 12 Mac ini


Caption: SEDIA MENCABAR!!!Pasukan Bujang Senang A dan B bergambar kenangan sebaik sahaja selesai sesi latihan kelmarin.

- 10 Mac

Pertandingan Tarik Tali bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Lingga pada 12 Mac ini di Padang Lama KPSU Sri Aman bakal diserikan lagi dengan kehadiran pasukan Bujang Senang.

Pasukan Bujang Senang yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarik Rali sempena Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga yang turut disertai oleh pasukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman.

“Pasukan Bujang Senang A terdiri daripada 10 orang peserta yang berusia dari 18 hingga 26 tahun manakala pasukan Bujang Senang B pula terdiri daripada 10 orang peserta berusia dari 27 hingga 47 tahun.

“Kedua-dua pasukan telah menjalani latihan intensif seperti ‘sparing’dan jogging untuk menghadapi saingan pasukan lawan pada kejohanan itu kelak,” kata jurulatihnya Abdul Gapar Anis ketika ditemui pada sesi latihan atas Bukit Sri Aman petang kelmarin.

Pasukannya kata beliau tidak mensasarkan sebarang kejuaraan memandangkan ia merupakan penyertaan kali pertama pasukan Bujang Senang dalam kejohanan tarik tali sempena sambutan karnival.

Sebaliknya pasukan Bujang Senang kata Gapar hanya menyertai pertandingan ini untuk menimba pengalaman dan memeriahkan lagi suasana sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga pada hari Sabtu ini.

“Jika menang itu adalah tuah kami. Namun pasukan Bujang Senang A dan B tidak mensasarkan sebagai kejuaraan seperti yang dilaungkan oleh mana-mana pasukan selama ini.

“Kita akan menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat dan gembira. Justeru diharap agar latihan kami kali ini akan mampu memberikan kesan dari saingan terhadap mana-mana pasukan lawan pada kejohanan itu kelak,” katanya.

Pasukan Bujang Senang B dijangka mampu memberi saingan terhadap pasukan lawan mereka pada Pertandingan Tarik Tali bersempena dengan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga ini nanti berdasarkan kepada latar belakang pekerjaan dan fizikal pesertanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment