Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 March, 2011

Rayong tak getir hadapi pemimpin pembangkang


Caption: SEDIA!!!Rayong (belakang sekali tengah) ketika bersama ahli komponen parti BN di Pejabat SUPP Engkilili hari ini.


ENGKILILI, Rabu (30 Mac) – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa tidak gentar menghadapi barisan pemimpin parti pembangkang yang mahu berkempen di sini pada pilihan raya negeri Ke-10 kelak.

Katanya berkemungkinan barisan pemimpin pembangkang termasuk dari Semenanjung Malaysia akan datang ke negeri ini untuk membantu calon-calon mereka berkempen di kalangan penduduk bersempena dengan pilihan raya negeri itu pada 16 April ini.

“Saya tidak akan gentar juga jika mereka masuk ke Engkilili (untuk berkempen) kerana penduduk di sini sudah masak dan tahu bahawa hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi pembangunan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai Mesyuarat Penubuhan Jentera Pilihan Raya Komponen Parti Barisan Nasional (BN) bagi DUN Engkilili di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kawasan Engkilili hari ini.

Selain itu penubuhan jentera terbabit juga kata Rayong bertujuan untuk melicinkan lagi proses berkempen oleh pihak BN di kawasan DUN Engkilili ketika berlangsung pilihan raya negeri.

Penubuhan jentera ini katanya menghimpunkan semua ahli komponen parti BN yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan juga SUPP.

“Jentera pilihan raya kita akan tetap memastikan agar BN terus mempertahankan kerusi DUN Engkilili terbabit daripada jatuh ke tangan pihak pembangkang selepas,” jelas Rayong.

Tamat

No comments:

Post a Comment