Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2011

Penduduk Selantik Ili, Pantu akhirnya terima bekalan air bersih


Caption: TERIMA KASIH BN...Tr Hearold (dua kanan) bersama penduduk Selantik Ili menunjukkan paip bekalan air bersih yang baru dipasang pada hari Isnin lepas.


PANTU, Rabu (16 Mac) – Penduduk Rumah Panjang Selantik Ili, Pantu melahirkan rasa gembira apabila kerajaan akhirnya telah menunaikan janji dengan menyambung paip bekalan air bersih ke rumah panjang mereka pada hari Isnin lepas.

Tuai Rumahnya, Hearold Jimbai Ernest ketika ditemui berkata penduduk Selantik Ili, Pantu telah memohon penyambungan paip bekalan air bersih daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) semenjak tahun 2004 dahulu.

“Rumah panjang Selantik Ili mempunyai seramai 74 orang penduduk dari 24 buah keluarga yang terpaksa bergantung kepada bekalan air bukit dan air dari sungai berdekatan untuk urusan harian rumah selama ini.

“Bagaimanapun gangguan bekalan air ke rumah panjang kami akan berlaku jika berlangsungnya musim kemarau begitu juga dengan keadaan air sungai yang sering tercemar akibat aktiviti perlombongan di kawasan hulu sungai,” katanya.

Semenjak itu beliau tidak pernah putus asa memohon paip bekalan air bersih daripada pihak JKR dan wakil rakyat agar penduduk rumah panjangnya tidak perlu dilemma masalah kekurangan bekalan air selepas itu.

“Akhirnya impian penduduk rumah panjang Selantik Ili untuk mendapat bekalan air terawat telah termakbul setelah pihak JKR datang dan memasang paip bekalan utama di sini bersih pada hari Isnin lalu.

“Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana prihatin terhadap masalah kami,” katanya sambil menambah bahawa pihak JKR dan wakil rakyat mereka telah melakukan yang terbaik untuk penduduk rumah panjang Selantik Ili.

Rumah panjang Selantik Ili, Pantu berada di bawah pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin iaitu Snowdanm Donald Lawan dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment