Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2011

Pemuda hidu gam di tempat terbuka



Caption : ASYIK...Gambar yang dirakam oleh penulis menunjukkan tindakan seorang pemuda yang sedang khusyuk menghidu gam berdekatan pagar kawasan bangunan kerajaan petang kelmarin.


SRI AMAN, Khamis (3 Mac) – Orang ramai sememangnya akan menyangka bahawa golongan penghidu gam akan melakukan aktiviti mereka secara tertutup daripada diketahui oleh mereka di sesuatu tempat tersembunyi.

Namun mereka sebenarnya tersilap jika menyangka sedemikian memandangkan penulis telah mengesan perbuatan seorang pemuda yang menghidu gam secara terbuka di luar pagar kawasan bangunan pejabat kerajaan kelmarin.

Perbuatan pemuda itu dikesan oleh penulis ketika menghantar seorang saudara untuk mengurus hal permohonan permit kenderaan ke sebuah pejabat kerajaan di tingkat dua bangunan terbabit sekitar jam 3 petang.

Pemuda terbabit dipercayai menyimpan tin gam dalam plastik dan kemudiannya menyedut isi gam itu secara sambil lewa walaupun menyedari bahawa perbuatannya itu boleh dilihat oleh lain-lain pelanggan yang mahu berurusan di pejabat berkenaan.

Sehingga penulis meninggalkan kawasan bangunan kerajaan terbabit, pemuda tersebut dilihat masih terus menghidu kandungan isi gam itu dengan penuh khusyuk selepas jam 3.30 petang.

Perbuatan pemuda ini sewajarnya mendapat teguran oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab kerana dikhuatiri bahawa tindakannya itu boleh mencemar suasana pemandangan di sekitar bangunan jabatan kerajaan berkenaan selepas ini.

Walaupun belum ada akta berhubung kesalahan menghidu gam namun pemuda berkenaan seharusnya menghormati kawasan bangunan kerajaan dengan mencari tempat lebih tersembunyi bagi tujuan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment