Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

Parit di Jalan Sukun, Sri Aman tersumbat



Caption: PERLU PERHATIAN...Gambar menunjukkan parit yang tersumbat oleh lumpur di Jalan Sukun dan memerlukan penyelenggaraan pihak majlisselepas ini.


SRI AMAN, Isnin (14 Mac) – Penduduk dari kawasan Jalan Sukun mahu pihak Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan kawasan dan parit dio penempatan mereka selepas ini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan ketika menghubungi Utusan Sarawak mendakwa parit di hadapan rumahnya gagal diselenggara dengan baik oleh pihak kontraktor MDSA sejak sekian lama.

“Kini parit di hadapan rumah saya sudah tersumbat dengan lumpur. Lebih mengecewakan lagi ialah apabila rumput tidak dipotong sampai ke tepi parit seperti selama ini,” kata beliau.

Penduduk itu juga mendakwa pihak kontraktor telah menggunakan racun rumpai untuk menyembur rumput di sekitar kawasan tepi parit dan ini sangat merbahaya kepada penduduk terutama sekali terhadap golongan kanak-kanak.

Justeru mereka berharap agar pihak MDSA lebih kerap turun padang untuk memantau kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor agar ia benar-benar dilaksana dengan sempurna pada masa akan datang.

“Kami mahu khidmat yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan sepadan dengan bayaran yang diterima dan secara tidak langsung memberi keselesaan kepada para penduduk dalam kawasan Jalan Sukun / Jalan Batang Lupar selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment