Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2011

Kursus Pra Kahwin di Pejabat JAIS Sri Aman 22 hingga 23 Mac ini

SRI AMAN, Selasa (15 Mac) – Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 / 2011 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sri Aman telah mula dibuka kepada penduduk beragama Islam mulai sekarang. 
Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 / 2011 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Mac ini nanti akan diadakan di Bilik Seminar, Pejabat JAIS Bahagian Sri Aman, Jalan Durian, bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang.

“Tujuan utamanya Kursus Pra Perkahwinan ini diadakan adalah sebagai langkah persediaan awal terhadap para peserta kursus sebelum mereka mendirikan rumah tangga bersama pasangan hidup masing-masing selepas ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut.

Selain itu Kursus Pra Perkahwinan ini juga adalah merupakan kursus awal untuk mempersiapkan mental dan fizikal para peserta kursus yang mahu mendirikan rumah tangga bersama pasangan hidup mereka kelak.

Justeru mereka yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh mendapatkan borang daripada pihak JAIS Bahagian Sri Aman dan harus dikembalikan semula setelah lengkap diisi kepada pihaknya sebelum 21 Mac ini.
 
“Mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung dengan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 / 2011 ini boleh menghubungi pihak kita menerusi talian 083-322318,” katanya.
 
Tamat... 

1 comment: