Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Jangan mudah terima hasutan pembangkang- Nyalau


Caption: TERIMA KASIH...Tr Isau menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Nyalau sambil disaksikan oleh Rayong pada majlis berkenaan.

ENGKILILI, Ahad (27 Mac) – Rakyat di kawasan luar bandar dinasihat agar tidak mudah menerima hasutan daripada pihak pembangkang kata Ahli Parlimen Lubok Antu,William Nyalau anak Badak.

Pihak pembangkang katanya akan cuba mendekatkan diri dengan pihak pembangkang untuk meraih sokongan politik daripada mereka lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 kelak.

“Rakyat boleh melihat beza pembangunan di kawasan yang dipegang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang sebelum bertindak membuang undi pada 16 April ini (Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10).

“Justeru jika mahu terus menikmati faedah projek pembangunan, rakyat haruslah terus menyokong kerajaan BN dan bukannya pihak pembangkang yang hanya tahu mengelirukan pemikiran rakyat selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni Task Force KEMAS P.203 Lubok Antu anjuran bersama Jabatan Kerajaan Negeri dan Penyerahan Alat Dapur di Rumah Isau, Gelong, Engkilili pagi kelmarin.

Selain itu menyokonng pihak pembangkang kata Nyalau tidak akan memberikan sebarang keuntungan terhadap diri mereka sendiri kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mempunyai sumber untuk membangunkan hidup rakyat.

“Saya yakin rakyat di negeri sememangnya cukup pintar untuk menilai sumbangan yang telah kerajaan BN berikan kepada mereka selama ini berbanding dengan pihak pembangkang,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Penyelia Kanan KEMAS P.203 Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat….

No comments:

Post a Comment