Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

BN parti untuk semua kaum - Junaidi


Caption: UNTUK RAKYAT...Wan Junaidi (dua kiri) ketika menyampaikan cek kepada Tr Sap (kanan beliau) sambil disaksikan oleh Harden (dua kanan) dan Masir (tengah) pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa (29 Mac) – Barisan Nasional (BN) adalah merupakan komponen parti bagi semua penduduk dalam negara ini lebih-lebih lagi terhadap mereka dari sekitar kawasan Sri Aman.

Justeru penduduk kawasan Sri Aman tidak harus hanya menyokong parti-parti tertentu dalam komponen BN kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sap, Batu Lintang, Undop Sri Aman baru-baru ini.

“Penduduk tidak harus hanya mahu menyokong PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) sahaja atau hanya bertindak menyokong Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau juga Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

“Kesemua ini datangnya dari komponen parti BN Negeri dan penduduk haruslah memberikan sokongan padu yang sama terhadap semua parti terbabit termasuk Parti Progresif Demoktratik Sarawak (SPDP),” katanya.

Selain itu semua penduduk kata Junaidi juga harus bersatu-padu dan menyokong teguh BN Negeri memandangkan mereka masih memerlukan pelbagai projek pembangunan daripada kerajaan selepas ini.

BN menurut beliau hanya satu-satunya komponen parti yang layak meneraju kerajaan bagi menjayakan pelbagai perlaksanaan projek pembangunan dalam negeri ini dari masa ke semasa.

Terdahulu Wan Junaidi telah menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM160,000 kepada beberapa buah JKKK dalam kawasan Undop, Batu Lintang, Sri Aman.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, para ketua kaum dan ahli PBB Kawasan N.27 Simanggang.

Harden juga turut mengumumkan memperuntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Sap pada majlis berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment