Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

Berhenti dengar isu lapok tanah NCR - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Rayong (kanan) ketika menerima cenderamata daripada Jeoffery Baja dan Majuan ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

ENGKILILI, Khamis (10 Mac) – Penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dinasihat agar tidak mensia-siakan masa mereka untuk mendengar dakwaan pihak pembangkang mengenai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) selepas ini.

Wakil rakyatnya, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyampaian Cek Pampasan Tanah NCR serta Surat Hak Milik Tanah di Dewan Masyarakat Engkilili di Pekan Engkilili hari ini.

Katanya isu terbabit boleh dianggap telah tamat memandangkan kerajaan telah pun melaksanakan kerja penyukatan tanah NCR milik penduduk di Engkilili dengan adanya kos peruntukan sebanyak RM80 juta.

“Tanah NCR tidak sepatutnya menjadi isu di DUN Engkilili. Ini kerana kerja penyukatan tanah NCR buat pertama kalinya dilaksanakan dalam kawasan Engkilili (Bukong), Sarawak pada tahun lepas.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu terbabit. Justeru jangan dengar hasutan pembangkang mengenai isu berkenaan selepas ini,” katanya.

Selain itu penduduk kawasan DUN Engkilili kata Rayong juga harus sedar bahawa kerajaan BN tidak sewenang-wenangnya merampas tanah NCR milik penduduk selama ini.

Malah beliau turut mencabar mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti bahawa kononnya kerajaan BN pernah merampas tanah NCR milik penduduk dalam kawasan Engkilili selama ini.

“Tanah yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan akan dibayar dengan pampasan terhadap pemiliknya. Ini membuktikan kerajaan tidak merampas tanah penduduk sewenang-wenangnya seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang sebelum ini,” katanya.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen P.203 Lubok Antu, Jeoffry Baja anak Ricky Maba, Pegawai Tadbir Sarawak kawasan Engkilili, Brayan Lenya dan wakil Residen Sri Aman, Mohd Ellfizan Pauzan.

Sejumlah 245 pemilik Tanah NCR menerima cek pampasan bagi projek naiktaraf Jalan Nanga Bunu, Jalan Lidong / Lipat dan Jalan Sri Aman / Empelam yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM685,516.52.

Manakala itu 12 orang penduduk pula menerima surat hak milik tanah pada majlis berkenaan. Majlis penyampaian cek pampasan dan surat hak milik tanah kepada penerima ini telah disempurnakan oleh Rayong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment