Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2010

Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman anjur Jamuan Muhibah

Caption: IKHLAS...Shamshul (kiri) ketika menyampaikan pakaian terpakai kepada wakil penerima bersempena dengan majlis berkenaan sambil disaksikan oleh tetamu undangan khas yang lain.


SRI AMAN, Selasa (19 Okt) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah mengadakan Majlis Jamuan Muhibah Antara Agensi Kerajaan bertempat di ruang tamu pejabat cawangan terbabit baru-baru ini.

Pengurus Ketua Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap berkata tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan tali silaturahim dikalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam kawasan Sri Aman.

“Menerusi majlis para pegawai dan kakitangan kerajaan juga berpeluang untuk mempromosi produk perkhidmatan masing-masing disamping memperkukuhkan lagi hubungan dikalangan mereka.

“Mereka juga secara tidak langsung boleh mengadakan perbincangan di antara satu sama yang lain berhubung agenda atau peranan jabatan masing-masing menerusi majlis berkenaan,” katanya.

Justeru Shamshul berharap agar majlis ini turut dapat mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama antara TBS cawangan Sri Aman dengan semua jabatan kerajaan di sini dari masa ke semasa.

Terdahulu majlis telah dimulakan dengan upacara bacaan doa oleh Ustaz Zulhazmi bin Bohari sebelum Shamshul menyempurnakan majlis penyampaian pakaian terpakai untuk Persatuan Saudara Kita Bahagian Sri Aman dan bantuan sara idup.

Barang pakaian terpakai hasil sumbangan agensi dan individu dari kawasan Sri Aman ini nanti akan diserahkan kepada Unit Saudara Kita Cawangan Pantu, Punggu, Klassen dan Sri Aman.

Undangan khas majlis turut melibatkan Pengurus Cawangan Sri Aman Tabung Haji, Pengurus Cawangan KWSP, Pengarah Hospital Bahagian Sri Aman, Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Pegawai Klinik Pergigian Bahagian Sri Aman, Pengerusi Urusetia Saudara Kita Bahagian Sri Aman, Pegawai HIKMAH Cawangan Sri Aman dan Majistret Mahkamah Rendah Syariah Bahagian Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment