Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 October, 2010

RM70 juta untuk Lingga, Simoi


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

Rosita Apong

LINGGA, Sabtu (23 Okt) – Kawasan Stumbin dan Tanjung Bijat dalam daerah kecil Lingga dijangka akan mengalami transformasi pembangunan yang pesat setelah kerajaan meluluskan peruntukan bagi membina jalan raya yang menghubungkan kedua-dua kawasan berkenaan selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata demikian kepada pemberita ketika berlangsungnya Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Seduku Panjai, Lingga kelmarin.

Menurut beliau peruntukan berjumlah RM70 juta telah diluluskan sebelum ini untuk menaiktaraf jalan sepanjang 16 kilometer di Sembau / Stumbin / Tanjung Bijat dan 50 kilometer lagi bagi Jalan Sembau / Sembau / Lingga.

“Kita menjangkakan bahawa projek untuk menaiktaraf kedua-dua jalan ini akan bermula pada penghujung tahun kelak. Sehingga masa itu saya berharap agar penduduk Lingga bersabar untuk menikmati faedah projek naiktaraf jalan berkenaan,” katanya.

Selain itu Simoi juga yakin bahawa projek menaiktaraf kedua-dua jalan raya berkenaan bakal mempertingkatkan lagi taraf ekonomi penduduk di daerah kecil Lingga pada masa akan datang.

Malah, impak projek naiktaraf jalan raya terbabit kata beliau juga akan tampak lebih jelas terhadap usaha pembangunan pertanian dan pembangunan tanah di Lingga yang seterusnya memberi manfaat kepada penduduk di situ.

“Matlamat kerajaan sememangnya mahu menaiktaraf hidup penduduk. Justeru kerajaan menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi memastikan hidup penduduk luar bandar terus meningkat di masa akan datang.

“Pembangunan hidup penduduk mencakupi aspek ekonomi, politik dan sosial. Walaupun ia memakan masa namun kerajaan Barisan Nasional akan tetap menunaikan tanggungjawab mereka untuk tujuan itu dari masa ke semasam,” katanya.

Simoi turut menambah bahawa kerajaan Barisan Nasional Negeri pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sememang mengutamakan kepentingan hidup penduduk di Sarawak dari segala aspek segala ini.

Hadir sama ialah Pegawai JASA DUN Lingga, Sulaiman Amut, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Lingga, Wan Madehi Wan Akil, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga, Bakthiar Mathan, Pemanca Haji Abang Bohari, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

No comments:

Post a Comment