Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2010

Pertingkat akademik anak anak dari ibubapa dan guru, Joseph Sayang



Caption: MESRA...Joseph (kiri sekali) ketika berbual bersama Snowdan (tengah) dan Masir (kanan) ketika berlangsungnya majlis terbabit.


PANTU, Rabu (13 Okt) - Ibubapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau diseru untuk mempertingkatkan daya saing anak-anak dalam bidang akademik selepas ini kata Guru Besarnya, Joseph Sayang.

Ibubapa katanya harus sedar bahawa kemajuan anak-anak dalam bidang akademik bergantung kepada peranan masing-masing untuk mempertingkat sikap daya saing anak-anak dari masa ke semasa.

“Para peniaga juga mengamalkan sikap berdaya-saing untuk memperkembang serta memajukan tahap perniagaan mereka ke peringkat yang lebih baik dan begitu juga halnya dengan perkara yang perlu wujud dalam dunia bidang pendidikan masa kini.

“Justeru jika mahu anak-anak mencapai kemajuan dalam bidang akademik maka ibubapa mereka harus bertindak mulai sekarang untuk mewujudkan sikap berdaya saing dalam diri murid,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Joseoh juga menuntut para ibubapa murid untuk terus memberikan sepenuh kerjasama kepada warga pendidik SK Saint Leo Gayau mulai sekarang agar mereka tidak berasa kekok atau sumbang ketika melaksanakan tugas mereka sebagai seorang guru.

Terdahulu majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat.Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan serta Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Saint Leo Gayau, Pantu, Kunjan anak Labon.

Snowdan mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PIBG Saint Leo Gayau manakala Masir pula menyampaikan cek peruntukan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM162,000 kepada beberapa buah rumah panjang di kawasan berkenaan.

Tamat........

No comments:

Post a Comment