Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2010

Penduduk Rumah Jumat, Poh Ai, terima bantuan RISDA


Caption: MANFAATKAN....Mohd Izwan (dua kiri) menyampaikan baja kepada Jumat (dua kanan) sambil disaksikan oleh Isaac (kanan sekali) pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Selasa (19 Okt) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA telah menyampaikan bantuan Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) kepada 22 pekebun kecil getah dari Rumah Jumat, Po Ai Enggat, di sini kelmarin.

Pemaju Masyarakat RISDA Sri Aman, Isaac Stalin Simon ketika ditemui memberitahu bantuan PPG berupa baja berkenaan disampaikan kepada penerima bagi menunaikan janji RISDA berhubung bantuan terbabit kepada mereka sebelum ini.

“RISDA menerusi bantuan PPG ini telah menyampaikan sebanyak 154 beg baja kepada 22 orang pekebun kecil getah Rumah Jumat, Poh Ai. Setiap seorang pekebun ini akan tujuh buah beg menerusi skim bantuan berkenaan.

“Justeru pihak RISDA berharap agar para penerima dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan PPG yang diberi secara percuma kepada mereka selepas ini,” katanya sebaik sahaja ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan PPG di situ.

Selain itu pihak RISDA kata Isaac juga turut menyampaikan bantuan berupa racun rumpai dan pengalak susu kepada pekebun kecil dari Rumah Jumat, Poh Ai Enggat pada 5 Oktober lepas.

Bantuan yang termaktub di bawah skim PPG itu katanya juga akan turut disampaikan oleh RISDA kepada pekebun kecil getah dari Rumah Empol, Rumah Gani serta Rumah Jawi dari Sungai Tengak Batu Lintang, Undop, Rumah Sigan, Radau, Rumah Kichen dan Rumah Angas dari Nyelam serta Rumah Sukun dari Gua dalam masa terdekat kelak.

“Kesemua bantuan ini merupakan salah satu usaha pihak RISDA bagi membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan lagi kadar kemiskinan penduduk pada masa akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu Pembantu Pertanian RISDA merangkap Pejabat RISDA Bahagian Sri Aman Mohd Izwan bin Yahya telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan PPG kepada kesemua penerima di rumah panjang terbabit.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment