Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 October, 2010

Pelajar UiTM join program jana minda di Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Pihak penganjur, peserta dan penduduk kampung Betong bergambar kenangan sebaik sahaja tamat program berkenaan.

Saleman Senin

BETONG, Khamis (21 Okt) – Seramai 36 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak mengambil bahagian dalam Program Menjana Minda Usahawan Desa anjur Fakulti Pengurusan Perniagaan universiti terbabit di Kampung Melayu Betong baru-baru ini.

Pengerusi program, Wan Mohd Hamidi Wan Ahmed berkata program yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk mendekati dan memahami minda usahawan dari kawasan desa disamping mengkaji keberkesanan sistem perusahaan menerusi kaedah yang digunakan di kawasan terbabit.

“Program ini juga bertujuan untuk memberi dorongan dan sokongan terhadap penyertaan para pelajar dari universiti terbabit dalam mempelajari pendekatan bidang usahawan di kawasan desa.

“Antara pendekatan ini ialah para pelajar ditempatkan di rumah penduduk kampung Melayu Betong untuk dijadikan sebagai anak angkat kepada 18 buah keluarga di sini,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Bagi menjayakan program ini, pihaknya menurut beliau telah mengadakan lawatan ke Ladang Bersepadu Layar Betong, Ceramah Motivasi di Pejabat Residen Betong, Sesi Motivasi bersama pelajar lepasan UPSR SK Abang Abdul Kadir Betong, Lawatan ke Pekan Saratok dan Senamrobik bersama KPSU Betong.

Terdahulu Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie Abang Rajit ketika berucap merasmikan majlis di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong berharap agar para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah mereka perolehi menerusi program berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Baru Hilir Betong, Haji Mohidie bin Haji Yusuf, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara Dukari, Ketua Kampung Tengah Betong, Haji Abang Hussin bin Haji Abang Mahadi serta keluarga angkat yang lain.

Pihak penganjur telah menyampaikan cenderamata kepada semua keluarga angkat yang terbabit sebelum mereka berangkat balik ke universiti.

Empat buah keluarga dari Kampung Baru Hulu, lima buah keluarga dari Kampung Baru Hilir, lima buah keluarga daripada kampung Tengah, tiga buah keluarga daripada kampung Hilir dan sebuah keluarga daripada kampung Masjid Betong telah menjadi keluarga angkat dalam program berkenaan.

Tamat.

1 comment: