Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Mulakan belanja secara berhemah kata NYalau kepada ibubapa


Caption: RASMI...Nyalau (tengah) ketika bersama tetamu jemputan pada upacara memotong kek bersempena dengan majlis berkenaan.


LUBOK ANTU, Jumaat (8 Okt) – Ibubapa perlu melaksanakan urusan perancangan belanjawan yang berkesan mulai sekarang demi menampung keperluan pembelajaran anak-anak di masa akan datang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata terdapat ibubapa yang membelanjakan wang mereka secara boros tanpa memikirkan keperluan pembelajaran anak-anak selama ini.

“Hentikan tabiat membazir wang untuk tujuan yang tidak berfaedah. Fikirkan masa depan pembelajaran anak-anak selepas ini dengan memulakan tabiat menabung mulai masa sekarang.

“Dengan berbuat demikian ibubapa tidak perlu meminjam atau memohon bantuan kewangan dari agensi kerajaan untuk menampung kos pembelajaran anak-anak jika mereka sendiri sudah mempunyai simpanan kewangan sejak dari mula lagi,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Ulangtahun Ke-51 Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban bertempat di Dewan Datuk Dublin Unting SK Melaban, Lubok Antu berkenaan baru-baru ini.

Selain itu ibubapa kata Nyalau juga perlu mendidik anak-anak untuk mengamalkan sikap berdaya saing yang sihat dikalangan rakan-rakan sedarjah ketika menuntut di sekolah mereka sendiri selepas ini.

“Sikap berdaya saing sebenarnya amat baik untuk anak-anak. Ia mampu memotivasikan anak-anak untuk bersikap tidak mengalah dalam mencapai keputusan akademik membanggakan dikalangan rakan-rakan sedarjah.

“Oleh itu ibubapa termasuk guru memainkan peranan cukup penting dalam perkara ini. Peranan mereka sekaligus dapat menyumbang ke arah matlamat negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 kelak,” katanya.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Melaban, Lewis Nyamun, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Melaban, Jarop anak Kalang, Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak, Zainie Aji dan Penghulu Lembang Bagong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment