Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Lakuang Ading bakal tampil dengan album baru tengah bulan Oktober ini


Caption: TERBARU...Album Entua Tuduh Ka Raja oleh Lakuang Ading bakal menemui peminat lagu Iban tempatan pada pertengahan bulan ini.

- 8 Okt

Penyanyi sensasi dari syarikat Golden Pearl iaitu Lakuang Ading bakal tampil menemui peminat lagu Iban tempatan di negeri menerusi album solo ke-2 beliau yang bertajuk Beraja Ka Entua.

Pemilik Golden Pearl, Jenarino Jeraki ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini memberitahu album terbaru Lakuang Ading berkenaan bakal menemui peminatnya di seluruh pasaran negeri pada pertengahan bulan Oktober ini nanti.

“Album terbaru Lakuang Ading ini nanti bakal membariskan 10 buah lagu antaranya ialah Entua Tuduh Ka Raja, Beraie Laban Janji, Baka Jani Nyalak Udok, Sayau Simunjan Cinta Beraie, Baka Pitak Buai Di Mata, Aram Tua Nani Bubu, Memori Pengerindu, Ambai Lalai, Sarak Ketegal Palau dan Bujang Menawa.

“Pihak kami menjangkakan lagu Entua Tuduh Ka Raja, Sayau Simunjan Cinta Beraie, Ambai Lalai dan Aram Tua Nani Bubu bakal hit serta mendapat sambutan daripada peminat lagu Iban tempatan apabila ia sudah berada di pasaran kelak,” menurut beliau.

Kesemua lagu yang bakal menggunakan rentak muzik A Go Go, Joget, Pop Rock, Dangdut, Poco Poco ini kata Jeraki bakal menampilkan penyanyi undangan dari Nyakai, Sri Aman iaitu Morgan Alban.

Morgan atau lebih mesra dikenali sebagai Mok kata beliau akan menyanyikan lagu Aram Tua Nani Bubu secara berduet dengan Lakung Ading menerusi album Entua Tuduh Ka Raja ini kelak.

“Lagu Sarak Tegal Palau, Ambai Lalai dan Baka Jani Nyalak Udok dalam album ini dicipta sendiri oleh Lakuang Ading manakala lagu Baka Pitak Buai Di Mata dan Bujang Menawa pula dicipta oleh Hearold Selamat dan Franklin Lau.

“Saya dan Lakung pula mencipta lagu Sayau Simunjan Cinta Beraie sementara Morgan pula mencipta lagu Memoir Pengerindu. Justeru saya berharap agar peminat lagu Iban tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan album terbaru Lakuang menjelang pertengahan bulan Oktober ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar peminat muzik Iban tempatan tidak membeli mana-mana album keluaran Golden Pearl yang tidak mempunyai label tulen dan pelekat sijil B selepas ini.

Terdahulu album Entua Tuduh Ka Raja yang mendapat sentuhan muzik daripada Jeraki itu sendiri juga turut mendapat bantuan gubahan muzik gitar daripada Hilary serta Nain Legacy.

Tamat.

No comments:

Post a Comment