Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Khatijah anjur Rumah Terbuka Raya


Caption: UNTUK ALBUM...Ahli PPWS Sri Aman bergambar kenangan di kediaman Khatijah dan keluarga ketika berlangsungnya aktiviti rumah terbuka berkenaan


SRI AMAN, Jumaat (1 Okt) – Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman, Nur Khatijah Abdulllah telah mengadakan aktiviti Rumah Terbuka Ramah Tamah Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Beliau dan keluarga telah menerima kunjungan seramai 60 orang ahli PPWS dari seluruh unit Kawasan Sri Aman bermula dari pagi hingga ke petang majlis rumah terbuka ramah tamah Aidilfitri di adakan.

Khatijah ketika ditemui memberitahu aktiviti ini sangat wajar dilakukan selaras dengan hasrat pihak PPWS untuk menyahut seruan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia pada masa sekarang.

Ia menurut beliau terbukti apabila ahli rombongan PPWS Kawasan Sri Aman yang mengadakan kunjungan ke majlis rumah terbuka beliau terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

“Malahan kunjungan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim disamping memupuk semangat perpaduan sejajar dengan perlaksanaan gagasan 1Malaysia,” katanya.

Selain itu beliau juga mengalakkan semua persatuan atau pertubuhan untuk lebih kerap mengadakan kunjungan ketika berlangsungnya perayaan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Dengan berbuat demikian semua persatuan kata Khatijah telah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih erat dikalangan penduduk berbilang kaum di Sri Aman.

“Justeru pihak PPWS Kawasan Sri Aman berharap agar dapat mengadakan kunjungan ke kediaman para ahli yang bakal menyahut perayaan Hari Krismas pada bulan Disember ini nanti,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment