Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2010

Kekalkan politik perpaduan, Rayong


Caption: DARI KERAJAAN....Rayong (kiri) sedang menyerahkan surat penerima enjin getah kepada penerima sambil disaksikan oleh Mussen (kiri beliau) pada majlis berkenaan.

ENGKILILI, Selasa – Politik perpaduan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili perlu diteruskan demi membolehkan Barisan Nasional (BN) mencapai keputusan cemerlang di situ pada pilihan raya negeri kelak.

Wakil rakyatnya Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Enjin Getah yang berlangsung di hadapan Pejabat Pertanian Daerah Lubok Antu, Engkilili baru-baru ini.

Katanya politik perpaduan telah membolehkan kawasan DUN Engkilili berkembang maju dari segi pembangunan apabila rakyatnya bersatu-padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

“Politik perpaduan yang didokong sepenuhnya oleh rakyat membolehkan saya selaku wakil rakyat di sini untuk terus berkhidmat dalam memperkembangkan lagi proses pembangunan DUN Engkilili.

“Justeru keadaan seperti ini harus terus dikekalkan. Saya berharap agar politik perpaduan yang utuh dikalangan rakyat membolehkan BN memperoleh keputusan cemerlang di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Selain itu gelombang pembangunan yang pesat di Sarawak pada masa sekarang kata Rayong bukan sahaja hanya menular di kalangan rakyat kawasan bandar malahan juga turut memberi tempias terhadap rakyat yang tinggal di kawasan luar kawasan bandar negeri ini.

Ia menurut beliau sekaligus membuktikan bahawa rakyat tidak tersilap memilih kerajaan yang mampu merangka dasar pembangunan yang sistematik dan bijak untuk kesenangan hidup rakyat dari masa ke semasa.

Terdahulu Rayong bersama ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh telah menyempurnakan upacara penyerahan sebanyak 38 buah enjin getah untuk penduduk dari 13 buah rumah panjang dari DUN Engkilili dan enam buah rumah panjang dari kawasan DUN Batang Ai.

Rayong menerusi majlis itu turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada penerima dalam DUN Engkilili. Hadir sama ialah Penolong Pegawai Pertanian Engkilili dan Lubok Antu, Jabu anak Sajeng, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili, Brayan dan ketua kaum di sini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment