Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2010

Harden conform calon SUPP untuk DUN Simanggang

Originally written by Edwin Raoh,

Utusan Borneo Sri Aman

SRI AMAN (4 Okt) : Menteri Muda Kemanjuan Tanah Sarawak Datuk Francis Harden ak Hollis adalah calon terbaik untuk mengibarkan benderan Barisan Nasional (BN) bagi mewakili Parti Bersatu Rakyat Sarawak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Simanggang dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, SUPP menamakan Harden bagi mewakili parti itu bagi kerusi Simanggang dalam pilihan negeri akan datang berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Harden semasa menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

“Parti mencalonkan Harden bagi mengekalkan kerusi milik BN itu berikutan (dia) Harden adalah calon terbaik, tidak adak calon lain selain daripada Harden yang akan mengibarkan BN dalam pilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Dr Chan selaku Menteri Pelancongan dan Warisan serta Menteri Pembangunan Permodenan berkata demikian semasa berucap dalam majlis Malam Sa’ati 2010 sempenan Sambutan Ulangtahun Ke-50 tahun SUPP di Dewan Suarah malam, semalam.

Selain itu kata Dr Chan, SUPP tidak akan takut berhadapan dengan parti pembangkang yang akan bertanding untuk menentang mana-mana kerusi milik SUPP pada pilihan raya negeri akan datang.

“SUPP tidak takut berhadapan dengan parti lawan, siapa hendak lawan kami akan tentang habis-habisan nanti,” ujar beliau.

Beliau berkata, dakwan bahawa parti SUPP sudah tidak memilik taring adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya SUPP masih mempunyai sokongan padu daripada pelbagai kaum meskipun majoriti yang kebanyakkan ahlinya adalah kaum Cina, tambah beliau.

“Siapa kata SUPP tidak kuat, SUPP masih kuat maka lawan tetap lawan…..kami akan ‘serang’ habis-habisan untuk mempastikan parti pembangkang tewas dalam piliahan raya negeri kali ini”, kata beliau dengan penuh semangat.

Sehubungan itu beliau merayu kepada rakyat di negeri ini agar terus memberi sokongan padu kepada calon BN untuk mempastikan pembangunan akan dapat dikecapi berterusan dari semasa ke semasa.

Turut hadir dalam majlis itu Anggota DUN Simanggang merangkap Pengerusi Cawangan Parti SUPP Simanggang Harden, Setiausaha Agung SUPP Sim Kim Hui, Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau ak Badak, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong ak Ngipa, ADUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh dan ketua-ketua masyarakat sekitar Sri Aman.

Tamat…

No comments:

Post a Comment