Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Harapan rakyat kepada jabatan kerajaan menggunung, Harden


Caption: MESRA...Harden (tengah) sedang beramah mesra dengan Nasserudin (kiri) dan Meehan (kanan) ketika menikmati jamuan bersempena dengan majlis berkenaan malam tadi.


SRI AMAN, Jumaat (8 Okt) – Pengharapan rakyat terhadap jabatan dan agensi kerajaan dalam negera ini khas nya di Sarawak nyata telah meningkat pada masa sekarang kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Justeru semua jabatan dan agensi kerajaan katanya perlulah melipat gandakan usaha masing-masing agar impak perkhidmatan mereka setanding dengan harapan rakyat terbabit selepas ini.

“Rakyat pada masa sekarang menuntut perkhidmatan yang cemerlang daripada jabatan dan agensi kerajaan demi memenuhi keperluan hidup mereka seiring dengan perubahan zaman pada waktu sekarang.

“Semua jabatan dan agensi kerajaan haruslah menunjukkan impak perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat sejajar dengan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” menurut beliau.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 anjuran Persatuan Kebajikan Islam (PKI) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman di Dewan Badminton JKR Sri Aman malam tadi.

Selain itu semua rakyat termasuk penjawat awam kata beliau perlu bersatu-padu bagi merealisasikan perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac lepas.

“Semua pegawai dan warga kerja harus membantu meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada serta membantu membina ketelusan dan keterbukaan ke arah yang betul bagi merealisasikan matlamat MEB.

“Ia secara tidak langsung juga membantu kerajaan untuk membuat perubahan besar menerusi perlaksanaan dua momentum yang telah digariskan sebelum ini iaitu Program Transformasi Kerajaan dan MEB,” katanya.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian, JKR Sri Aman, Meehan Jorai, Pengerusi PKI JKR Sri Aman merangkap penolong Jurutera Bahagian, Nasseruddin Abdul Jabar, Jurutera Bekalan Air, Oliver Ngabong Jimmy, Jurutera Jalan Raya dan Jambatan, Noor Ismail Razali dan Pengerusi Kelab Sokan Jaya Sri Aman, Sofie Edmund Innu.

Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan bagi tahun 2011 bernilai RM3,000 kepada PKI JKR Sri Aman. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian insentif, persembahan karaoke, persembahan nyanyian lagu raya dan sebagainya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment