Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Berhenti hasut penduduk kalau sayangkan pembangunan kata Nyalau


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kiri) menyampaikan cek kepada wakil Tr Abil (kanan) sambil disaksikan oleh Jeoffery (kiri sekali) ketika berlangsungnya majlis itu.


LUBOK ANTU, Khamis (8 Okt) – Kumpulan atau individu anti Barisan Nasional (BN) perlu berhenti menghasut penduduk selepas ini jika sayangkan projek pembangunan yang sedang dilaksana oleh kerajaan dalam kawasan masing-masing pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak kumpulan terbabit seharusnya menyampaikan kekurangan yang berlaku di kawasan mereka terhadap kerajaan dan bukannya bertindak menghasut penduduk agar berhenti menyokong kerajaan BN.

“Dengan berbuat demikian pihak pembangkang telah melaksanakan fungsinya mereka dengan betul iaitu menegur kerajaan jika terdapat kekurangan dari segi pembangunan yang berlaku di kawasan mereka.

“Bagaimanapun menghasut penduduk dengan menyebar fakta tidak benar adalah tindakan yang salah. Dengan kata lain golongan ini menunjukkan bahawa niat sebenar mereka ialah merebut kuasa politik dan bukannya berjuang untuk kebajikan hidup penduduk di kawasan masing-masing,” menurut beliau.

Nyalau berkata demikian ketika berucap Program Perjumpaan Ringkas Bersama Penduduk bertempat di Rumah Anyang, Nyemungan Panjai dalam daerah Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan para graduan agar tidak terlalu ghairah berpolitik sebaik sahaja berjaya menamatkan alam pembelajaran dari universiti tempatan atau universiti luar negara.

Golongan graduan sebaliknya kata Nyalau perlu mencari pekerjaan yang sesuai mengikuti kelayakan diri masing-masing sama ada dalam sektor swasta atau pun sektor kerajaan selepas ini.

“Pada masa akan datang kerajaan bakal memerlukan tenaga kerja profesional yang tinggi daripada golongan seperti mereka. Justeru saya menasihat agar golongan graduan tidak terlibat dalam kancah politik panas demi kebaikan masa depan hidup mereka selepas itu,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.203 Lubok Antu, Jeoffery Baja anak Ricky Maba, para wakil jabatan kerajaan, ketua kaum dan penduduk rumah panjang itu sendiri.

Nyalau menerusi Program Perjumpaan Ringkas Bersama Penduduk telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM45,000 kepada Rumah Abil Lawang, Tinting Lalang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment