Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 October, 2010

Bengkel Bina Buku Murid Tahun 1 Bahasa Iban dilaksana


Caption: UNTUK ALBUM...Padang (duduk tengah) bersama peserta bengkel ketika merakamkan gambar kenangan di Pusat Kegiatan Guru Sri Aman.


SRI AMAN, Jumaat (22 Okt) – Seramai 14 orang guru Bahasa Iban melibatkan diri dalam Bengkel Membina Buku Aktiviti Murid (BAM) dan Buku Panduan Guru (BPG) Bahasa Iban Tahun 1 bertempat Pusat Kegiatan Guru Sri Aman hari ini.

Bengkel anjuran Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman ini telah berlangsung selama lima hari iaitu bermula 18 Oktober lepas hingga hari ini.

Jurucakap penganjur program ketika ditemui memberitahu Bengkel BAM dan BPG Bahasa Iban Tahun 1 ini bertujuan untuk membina dan menyiapkan buku aktiviti murid matapelajaran Bahasa Iban Tahun 1 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2011.

“Bahasa Iban akan dijadikan sebagai matapelajaran elektif dan atas sebab ini bengkel terbabit diadakan bagi membolehkan guru Bahasa Iban membuat buku panduan guru dan buku aktiviti murid Tahun 1 bagi matapelajaran ini pada tahun hadapan.

“Tujuan lain juga ialah untuk membina dan menyiapkan buku panduan guru (BPG) matapelajaran Bahasa Iban Tahun 1 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2011,” menurut beliau.

Selain itu para Guru Bahasa Iban berkenaan menerusi bengkel ini menurut beliau turut membuat kandungan isi pelajaran dan latihan murid mengikut sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan.

“Penglibatan guru Bahasa Iban dalam Bengkel BAM dan BPG berkenaan katanya secara tidak langsung akan menyumbang kepada proses peningkatan pembelajaran Bahasa Iban dikalangan murid Tahun 1 mulai tahun hadapan.

“Justeru diharap agar Bengkel BAM dan BPG ini akan dapat melahirkan buku teks Bahasa Iban Tahun 1 dan Buku Panduan Guru yang lebih berkualiti untuk kegunaan murid pada tahun hadapan,” katanya.

Bengkel ini telah diketuai oleh Padang Luna dari Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Hadir sama ialah oleh Penyelia Bahasa Iban, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Francis Mancha, Marry Terrance Embol dari Unit Pengurusan Akademik ,Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman, Gloria Olin Noah dari Pusat Kegiatan Guru Sri Aman serta 10 orang guru dari sekolah-sekolah di Sri Aman

Tamat.

No comments:

Post a Comment