Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Beberapa projek pembangunan giat dilaksana sekarang - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Joseph (kiri sekali) ketika menyampaikan cenderamata berupa gambar kenangan kepada Rayong (dua kiri) dan Nyalau (dua kanan) ketika berlangsungnya majlis itu.

Pix by Rosita Apong, RTM Sri Aman

ENGKILILI, Jumaat (1 Okt) – Beberapa buah projek pembangunan kini sedang giat berlangsung di kawasan Engkilili manakala lebih banyak lagi pula pelan cadangan telah dihantar bagi tujuan kelulusan untuk Rancangan Malaysia yang seterusnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa memberitahu kesemua pelan cadangan dan projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan itu mencakupi penyediaan kemudahan jalan raya, elektrik dan bekalan air untuk penduduk kawasan Engkilili.

“Antara projek yang sedang dilaksanakan sekarang ialah menaiktaraf jalan sepanjang dua kilometer yang menghubungkan kawasan Nanga Bunu, Skrang dari jalan Lebuh Raya Pan Borneo dan juga pembinaan jalan raya Lidong – Lipat sepanjang tiga kilometer.

“Kerajaan menerusi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kini juga sudah memulakan kerja menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada beberapa buah rumah panjang di sini antaranya ialah Ulu Skrang, Semanjo, Nibong, Titok, Gelung, Beranggang dan Merio,” menurut beliau.

Rayong berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja menghadiri Majlis Makan Tengahari Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entalau di Ulu Skrang, Engkilili hari ini.

Selain itu beliau yang juga wakil rakyat bebas pro Barisan Nasional (BN) memberitahu beberapa buah rumah panjang dalam kawasan DUN Engkilili iaitu San Semanju, Sebeliau, Pentik, Batu Lapan dan Semuah bakal menikmati bekalan air bersih di bawah pelan pembangunan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Projek penyediaan kemudahan bekalan air bersih sudah dimulakan baru-baru ini. Dengan kata lain penduduk dari kawasan berkenaan bakal menikmati faedah menerusi pelan pembangunan NKRA pada masa akan datang.

“Justery saya yakin penduduk di kawasan Engkilili akan mempunyai peluang untuk menikmati lebih banyak hasil pembangunan jika mereka meneruskan sokongan masing-masing terhadap kerajaan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau pada majlis itu telah mengumumkan Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Nanga Entalau. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak dan Guru Besar SK Nanga Entalau, Joseph Suat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment