Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 October, 2009

PIBG kunci kemajuan pelajar - snowdan



Caption: TAHNIAH...Snowdan sedang menyampaikan insentif kepada seorang murid cemerlang sambil disaksikan oleh Lamat (belakang), Tony (kanan) dan Tawai (kiri) ketika berlangsungnya majlis di SK Jaong baru-baru ini.

PANTU, Selasa (13 Okt) – Kecemerlangan pendidikan anak-anak memerlukan gabungan yang amat rapat di antara pihak ibubapa dan guru khususnya menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan berkata tanggunjawab pendidikan anak-anak tidak harus diserahkan kepada para guru atau kakitangan sekolah semata-mata tetapi haruslah dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak ibubapa itu sendiri.

“Pihak guru hanya boleh memantau tahap pembelajaran anak-anak ketika berada di sekolah dan tugas memantau sesi pembelajaran di rumah pula haruslah dipantau sendiri oleh para ibubapa.

“Sekiranya pihak ibubapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak terhadap tangan para guru maka mereka (anak-anak) tidak akan memberikan fokus pendidikan yang sepenuhnya ketika berada di rumah,” katanya berucap merasmikan Majlis Makan Malam PIBG Sekolah Kebangsaan Jaong, Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu katanya, pihak ibubapa dan guru menerusi PIBG haruslah sentiasa mengadakan perbincangan untuk mencari langkah dan sekaligus mempertingkatkan tahap pendidikan anak-anak.

Kerjasama erat di antara pihak ibubapa dan guru dalam mempertingkatkan lagi status pendidikan anak-anak di sekolah kata Snowdan secara tidak langsung dapat melahirkan golongan modal insan kelas pertama di negara ini menjelang Wawasan 2020.

“Untuk melahirkan lebih ramai golongan modal insan, tahap kerjasama di antara pihak ibubapa dan guru menjadi satu kunci utama demi memastikan hasrat terbabit dapat direalisasikan sepenuhnya di masa akan datang,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Yang Dipertua PIBG SK Jaong Pantu, Tawai Muyang dan Guru Besar SK Jaong, Mohd Tony Abdullah.

Snowdan menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada pihak PIBG SK Jaong. Beliau turut menyempurnakan majlis penyampaian insentif kepada murid-murid cemerlang sekolah terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment