Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 October, 2009

Peserta homestay diharap jadi duta promote sri aman

SRI AMAN, Jumaat (16 Okt) – Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji berharap agar para peserta Program Lawatan Integrasi / Homestay di Sri Aman menjadi ‘duta’ negeri Sarawak apabila mereka pulang ke negeri masing-masing selepas ini.

Harapan tersebut ditujukan oleh beliau kepada 68 orang peserta dari Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah mengambil bahagian dalam Program Lawatan Integrasi / Homestay di Bahagian Sri Aman yang bermula dari 12 hingga 16 Oktober.

“Kita berharap agar para peserta ini menjadi duta untuk mempromosi kawasan tarikan pelancong negeri Sarawak khususnya Bahagian Sri Aman kepada sanak saudara dan rakan-rakan apabila mereka pulang ke negeri masing-masing kelak.

“Bukan itu sahaja para peserta Homestay ini juga boleh berkongsi pengalaman masing-masing bersama rakan-rakan mereka tentang budaya dan adat resam hidup milik penduduk pelbagai kaum dalam daerah ini,” katanya.

Shamshuddin berkata demikian kepada berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program Lawatan Integrasi / Homestay Sempena Hari Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu kepulangan para peserta ke negeri masing-masing selepas 16 Oktober ini kena adalah kena pada masanya untuk mempromosi Pesta Benak Sri Aman yang dijangka akan berlangsung sebelum bulan Jun tahun hadapan.

“Justeru saya mengalakkan anda (peserta program) untuk membawa ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Pesta Benak Sri Aman pada tahun hadapan,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Sarawak, Delin Liet Blaun, Timbalannya, Desmond Douglas Jerukan dan Felicia Tan, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Peranan peserta program Homestay sebagai duta Bahagian Sri Aman dianggap releven memandangkan mereka ketika berlangsungnya program itu telah berpeluang melawat ke Empangan Hidroelektrik Batang Ai Lubok Antu disamping menyaksikan fenomena benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman.

Disamping itu kesemua 68 orang peserta program itu juga telah berpeluang untuk mempelajari budaya dan adat resam kaum di daerah ini setelah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga kaum Iban di Lubok Antu dan oleh keluarga kaum Melayu serta Cina di Sri Aman.

Tamat.



No comments:

Post a Comment