Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2009

Pertandingan Larian Obor Taman Harmoni 9 Okt ini


Caption: MANA SATU KACAK? .Zainal (kiri) bersama timbalannya Rosli Jamil (kanan) ketika ditemuramah oleh Utusan Sarawak hari ini.

Edwin Raoh juga...

SRI AMAN, Selasa (6 Okt) – Kemeriahan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di bandar Sri Aman belum lagi berakhir apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Taman Harmoni Sri Aman bakal menganjurkan Pertandingan Larian Obor sempena Perayaan Hari Raya pada 9 Oktober ini.

Pengerusi JKKK Taman Harmoni, Zainalabidin bin Ani ketika ditemui berkata pertandingan yang hanya terbuka kepada penduduk di kawasan taman berkenaan akan bermula pada jam 9 malam menerusi tarikh yang dinyatakan.

Pertandingan Larian Obor sempena Perayaan Hari Raya pada 9 Oktober ini nanti menurut beliau akan dibahagi kepada dua kategori iaitu Dewasa (Lelaki sahaja) dan Kanak-Kanak (Lelaki dan Perempuan).

“Bagi Kategori Dewasa, setiap peserta yang mengambil bahagian dikehendaki melakukan larian obor sejauh satu kilometer dalam kawasan Taman Harmoni ini bermula dari kawasan Lot 9409 hingga kembali ke kawasan lot yang sama sebanyak satu pusingan.

“Manakala itu Kategori Kanak-Kanak pula mengkehendaki setiap peserta melakukan larian obor sejuah 200 meter bermula dari kawasan lot yang sama sebanyak satu pusingan pada pertandingan itu nanti,” menurut beliau.

Johan pertandingan bagi Kategori Dewasa menurut Zainalabidin akan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM50 dan sebuah piala manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 pula akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM30 dan RM20 beserta dengan piala.

Bagi Kategori Kanak-Kanak, peserta juara katanya bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30 beserta piala manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20 dan RM10 beserta dengan piala.

“Pertandingan ini merupakan salah satu langkah bagi pihak kami untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk berbilang kaum dalam Taman Harmoni untuk sepanjang masa.

“Justeru diharap agar pertandingan larian obor berkenaan dapat mewujudkan lagi semangat 1Malaysia dikalangan penduduk berbilang kaum dalam kawasan Taman Harmoni selepas ini nanti,” menurut beliau.

Tamat.



No comments:

Post a Comment