Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 October, 2009

Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 MAKSAK Sri Aman 14 hingga 15 Oktober


Caption: ASAH BAKAT...Para peserta sedang menjalani latihan awal sebelum berlangsungnya pertandingan pada 14 Oktober ini.

SRI AMAN, Selasa (13 Okt) – Sejumlah 12 buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Sri Aman bermula 14 hingga 15 Oktober ini.

Jurucakap penganjur berkata Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 itu nanti akan berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman, Jalan Kolam Air, bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam pada tarikh yang dinyatakan.

12 pasukan yang bakal berentap dalam Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan ini ialah SESCO A, SESCO B, LANDAS A, LANDAS B, Gaban, ZN, Upih Ipin, C-T, BD, MW, Me Nu dan Rubber.

“Kesemua 12 buah pasukan ini akan dibahagikan ke dalam empat buah kumpulan. Pasukan Me Nu, MW dan BD akan berentap dalam saingan Kumpulan A manakala pasukan SESCO A, C-T dan Rubber pula akan berentap dalam Kumpulan B.

“Pasukan LANDAS B, Gaban dan ZN pula akan bersaing dalam Kumpulan C dan selebihnya tiga buah lagi pasukan iaitu LANDAS A, Upih Ipin dan SESCO B akan berentap dalam Kumpulan D,” katanya.

Pasukan juara dan naib juara bagi setiap kumpulan katanya akan mara ke perlawanan suku akhir Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 selewat-lewatnya pada 15 Oktober nanti.

Beliau menambah bahawa pasukan yang muncul juara dalam Pertandingan Akhir Dart Terbuka Berpasangan 2009 pada 15 Oktober ini nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.

“Pasukan naib johan pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 manakala pemenang tempat ke-3 pada pertandingan itu nanti turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100.

“Mereka yang menduduki tempat ke-4 juga turut mendapat hadiah wang tunai bernilai RM100. Justeru diharap pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi sambutan sukan Dart di Sri Aman,” menurut beliau.

Tamat.


No comments:

Post a Comment