Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2009

Persatuan perlu pandai jana sumber kewangan sendiri - Masir


Mugshot: MASIR KUJAT

SRI AMAN, Sabtu (10 Okt) – Persatuan termasuk gereja, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam daerah Sri Aman digalak untuk menganjurkan program atau aktiviti yang boleh menjana hasil kewangan terhadap pertubuhan mereka sendiri kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Ini kerana kemampuan sesebuah pertubuhan untuk melaksanakan program sosial dengan aktif menurut beliau bergantung kepada usaha mereka untuk menjana sumber kewangan dalam pertubuhan mereka sendiri.

“Program Pesta Jualan Makanan dan Buku adalah merupakan satu contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesebuah pertubuhan untuk menjana sumber kewangan dalam organisasi mereka sendiri.

“Dengan ini pertubuhan itu mampu berdikari dan berpijak pada kaki sendiri dan bukannya bergantung terhadap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada mereka pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun Gereja Saint Mark Chapel Punggu Ke-23 bertempat di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Selain itu Masir juga mengingatkan pertubuhan dalam bandar ini agar tidak mudah puas dengan kejayaan yang mereka peroleh menerusi penganjuran akviti masing-masing dari masa ke semasa.

Pertubuhan itu sebaliknya menurut beliau haruslah terus berusaha melaksanakan program atau aktiviti yang lebih menarik serta membawa manfaat kepada ahli serta penduduk di kawasan mereka sendiri.

“Justeru ahli pertubuhan dinasihat agar lebih proaktif untuk mencari idea bagi menjana sumber kewangan masing-masing tanpa menunggu bantuan atau saranan daripada pihak kerajaan,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mong anak Dagang, Vicar Gereja Saint Luke Sri Aman, Venerable Archdeacon Chimbie Bunsie, pengerusi pengelola majlis, Biong anak Lebang, kakitangan kerajaan, para pemimpin gereja tempatan dan ketua kaum dari kawasan Punggu, Pantu.

Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 berjumlah RM4,000 kepada Biro Wanita Gereja Saint Mark Chapel Punggu manakala Masir pula mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM5,000 kepada jawatankuasa pengurusan gereja berkenaan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment