Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2009

Penduduk Dayak dinasihat jangan kuat 'palau' - Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG...Nyalau sedang berjabat tangan dengan penduduk ketika tiba di rumah panjang berkenaan sambil diiringi oleh Dr Murni (belakang) dan Tr Jantan (kiri sekali).

LUBOK ANTU, Khamis (8 Okt) – Orang Dayak tidak harus menganggap bahawa meminum arak adalah merupakan satu aktiviti wajib bagi tujuan bersukaria kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kesihatan pada diri masing-masing pada suatu hari kelak.

Justeru Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak menasihatkan orang Dayak agar mengenepikan persepsi seumpama itu demi menjaga tahap kesihatan diri masing-masing selepas ini.

“Boleh meminum arak tapi janganlah sampai keterlaluan. Jika meminum arak bagi tujuan bersukaria pada waktu lapang dianggap sebagai aktiviti wajib dikalangan mereka (orang Dayak) maka ia adalah salah

“Persepsi seumpama tidak harus kekal dalam diri orang Dayak memandangkan amalan meminum arak secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Intervensi Pengesanan Awal Penyakit TB Di Daerah Lubok Antu anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman bertempat di Rumah Jantan Nanga Teluas, Lubok Antu hari ini.

Selain itu Nyalau menerusi ucapannya pada majlis berkenaan mahu penduduk terus mendapatkan rawatan segera berhubung serangan penyakit Batuk Kering (TB) di klinik atau hospital sekiranya mereka mendapat tanda-tanda awal mengidap penyakit terbabit.

“Pejabat kesihatan mendapati bahawa kes TB paling banyak dicatatkan berlaku dalam kawasan daerah Lubok Antu. Justeru saya menasihatkan penduduk untuk sentiasa berhati-hati selepas ini,” menurut beliau.

Nyalau pada majlis itu juga melahirkan rasa bangga berhubung kelancaran projek penurapan jalan bernilai RM12 juta yang kini giat dilaksanakan di kawasan Skim Penempatan Semula Batang Ai, Lubok Antu sekarang.

“Ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya terhadap penduduk di negeri ini. Moga-moga kemudahan jalan raya berturap ini kelak mampu memberi kesenangan terhadap penduduk di sini di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman iaitu Dr Norhayati Murni binti Ali. Nyalau pada majlis itu juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah

Tamat.


No comments:

Post a Comment