Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2009

Library dan klinik di kpg kesindu akan diupgrade - snowdan


Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN

SRI AMAN, Ahad (4 Okt) – Tahap keselesaan Perpustakaan Awam dan Klinik Desa di Kampung Kesindu, Simunjan akan dipertingkatkan dengan adanya usaha pemasangan kabel penyambungan elektrik di situ sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata projek ini adalah merupakan usaha beliau sendiri bagi mempercepatkan kemasukan bekalan elektrik di kedua-dua kemudahan awam terbabit selepas ini.

“Saya mendapati bahawa Klinik Desa dan Perpustakaan Awam terbabit belum disalurkan dengan bekalan elektrik memandangkan kemudahan ini masih menunggu peruntukan daripada pihak kerajaan bagi tujuan itu.

“Justeru untuk mempercepatkan proses ini maka saya bercadang untuk menggunakan peruntukan saya sendiri dahulu bagi menampung kos pemasangan elektrik di kedua-dua kemudahan awam tersebut sebelum akhir tahun ini,” menurut beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain itu Perpustakaan Awam Kampung Kesindu menurut beliau juga bakal menerima rak penyimpanan buku yang baru bagi mengantikan rak simpanan yang sudah rosak dalam masa terdekat kelak.

Tinjauan awal beliau sebelum ini mendapati bahawa rak penyimpanan buku di perpustakaan awam berkenaan telah rosak dan perlu digantikan dengan rak simpanan buku yang baru.

“Atas sebab ini saya akan membawa antara enam hingga 10 buah rak buku dari Serian ke Perpustakaan Awam Kampung Kesindu bagi mengantikan rak simpanan buku yang telah rosak sebelum ini,” menurut beliau.

Snowdan juga memberitahu bahawa rak simpanan buku itu akan dibawa ke perpustakaan terbabit apabila beliau bersama rombongan mahu melawat sebuah keluarga miskin di Kampung Spaoh Raba, Simunjan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment