Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2009

Ketua kaum perlu rajin turun padang cari orang miskin - Nyalau


Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK

by Edwin Raoh

ENGKILILI, Ahad (11 Okt) – Ketua kaum dinasihatkan agar sentiasa turun padang untuk mengenalpasti golongan penduduk miskin di kawasan masing-masing demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Langkah ini menurut beliau adalah amat penting agar kerajaan menerusi jabatan yang berkaitan dapat membantu golongan miskin ini mendapat bantuan sewajarnya menerusi menerusi Program ‘Cari’

“Ada yang sepatutnya tidak layak mendapat bantuan boleh mendapat bantuan. Tetapi ada yang sewajarnya perlu diberi bantuan oleh kerajaan tidak pula mendapat pembelaan disebabkan oleh ketua kaumnya yang tidak turun padang.

“Justeru saya memohon agar ketua kaum lebih telus melaksanakan tugas mereka dan lebih kerap turun padang untuk memantau golongan penduduk miskin yang betul-betul memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lubok Antu bertempat di rumah panjang Sibat ak Keruntap, Jelukong, Engkilili dekat sini petang Jumaat lalu.

Selain itu kata Nyalau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan penting sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menghubungkan penduduk dengan kerajaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah yang mempunyai hubung kait dengan sesebuah kelompok penduduk terbabit kepada kerajaan.

“Dengan adanya fungis JKKK itu, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenalpasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan program atau projek yang mampu menyelesaikan permasalahan berkenaan,” katanya.

Dalam majlis itu Nyalau berjanji akan membantu membekalkan atap baru bagi menukar atap usang di rumah panjang Cr Sibat. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Engkilili, Brayan ak Lenja, Pembantu Luar Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, Engkilili, Edwin Ancheh, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lubok Antu, Kumpang Datuk Tutong, ketua-ketua jabatan serta ketua kaum yang lain.

Tamat....



No comments:

Post a Comment