Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2009

Kanselor PRS wajib beri sumbangan wang pada parti mula tahun depan - Masing


Caption: RASMI...Masing sedang meletakkan letak bendera mini PRS di atas kek sambutan ulangtahun ke-5 penubuhan parti berkenaan sambil disaksikan (dari kiri) Mong, Sikie, Entulu, Dorris, Snowdan, Mauh, Mussen, Nyalau dan Masir ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (4 Okt) – Setiap kanselor dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan diwajibkan menyumbang sejumlah RM60 setahun kepada parti berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun hadapan demikian pengumuman oleh presidennya iaitu Dato Sri Dr James Jemut Masing.

Langkah ini menurut bertujuan untuk membantu PRS terus kekal sebagai sebuah parti yang ‘merdeka’ dan tidak bergantung sumber kewangan daripada seorang ‘tauke’ sahaja di masa akan datang.

“Sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program anjuran PRS selama ini sebenarnya datangnya daripada sumbangan kewangan para wakil rakyat dan ahli dalam parti ini.

“Bagaimanapun demi memastikan sumber kewangan parti terus mantap selepas ini maka PRS akan mewajibkan kesemua 600 orang kanselornya untuk menyumbang sebanyak RM60 seorang bagi setiap tahun berkuatkuasa mulai tarikh yang nyatakan,” katanya.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Bersama Pergerakan Wanita PRS Pusat bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Dengan adanya sumber kewangan daripada para wakil rakyat dan kanselor terbabit katanya, PRS menurut beliau akan mampu terus kekal sebagai salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kekal ‘merdeka’ di masa hadapan.

“Malahan ahli dalam PRS juga mampu ‘dimerdekakan’ menerusi langkah ini. Justeru saya berharap agar para kanselor memberi sokongan penuh terhadap langkah ini sekiranya mereka nekad untuk menjaga keutuhan parti dari masa ke semasa,” kata Masing.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Entulu Belaun, Naib Presiden PRS, Snowdan Lawan, Joseph Mauh Ikeh dan John Sikie Tayai, Ketua Pemuda PRS, Mong Dagang, Ahli Majlis Tertinggi PRS iaitu Masir Kujat dan William Nyalau Badak, Ketua Pergerakan Wanita, Doris Sophia Brody dan pengerusi majlis iaitu Nuai Gema.

Majlis Makan Malam Bersama Pergerakan Wanita PRS malam tadi ini juga turut diserikan dengan lagi upacara memotong kek sempena ulangtahun ke-5 penubuhan PRS, cabuta tiket bertuah dan persembahan nyanyian lagu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment