Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2009

JKR respon baiki jalan elak kesan banjir


Caption:BERSELERA...Masir (dua kiri) bersama (dari kanan) Nasseruddin, Shamshuddin dan Mehan ketika sedang menikmati jamuan sempena majlis itu malam tadi

SRI AMAN, Khamis (15 Okt) – Masalah laluan jalan yang sering dinaiki air banjir bagi kawasan Sri Aman, Stumbin dan Lingga kini telah mendapat respon daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman.

Ia terbukti apabila pihak JKR Bahagian Sri Aman telah mula melaksanakan kerja menembok kawasan jalan yang didapati rendah dan mudah ditenggelami air apabila berlakunya kejadian banjir sebelum ini.

“Projek menembok semula laluan jalan yang rendah bagi kawasan Sri Aman, Stumbin dan Lingga telah pun dimulakan dalam lingkungan minggu ini tadi oleh pihak JKR Bahagian Sri Aman

“Ia bertujuan untuk membolehkan penduduk dari kawasan Lingga dan Stumbin dapat berhubung ke Sri Aman menerusi laluan jalan berkenaan walaupun sekiranya berlaku kembali banjir selepas ini,” demikian menurut Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Mehan Jorai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak ketika berlangsungnya Majlis Ramah Tamah Aidilftri 2009 JKR Sri Aman anjuran Persatuan Kebajikan Islam JKRSri Aman dan Sokanjaya JKR Sri Aman di sini malam tadi.

Proses penembokkan semula laluan jalan yang rendah dalam ketiga-tiga kawasan itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan ini menurut Mehan tanpa menyatakan nilai keseluruhan kos bagi tujuan terbabit.

Terdahulu Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah tiba di Dewan Badminton JKR Sri Aman pada jam 7 malam bagi menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilftri 2009 JKR Sri Aman ini.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Penolong Jurutera JKR Bahagian Sri Aman merangkap pengerusi majlis, Nasseruddin Haji Abdul Jabar dan JKR Bahagian Sri Aman iaitu Oliver Gabong anak Jimmy.

Majlis Ramah Tamah Aidilftri 2009 JKR Sri Aman pada malam tadi telah dimeriahkan dengan jamuan makan, sesi nyanyian lagu karaoke dan cabutan tiket bertuah untuk para kakitangan JKR serta ahli keluarga yang hadir pada majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment