Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 October, 2009

Dari Sarawak Update.com - Masing puji kerajaan tubuh jawatankuasa khas bantu penduduk bumi di sini


SRI AMAN, Khamis (22 Okt) – Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut masing memuji tindakan pihak Kerajaan Pusat berhubung penubuhan jawatankuasa khas kabinet bagi menyelesaikan isu yang berkaitan dengan penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak sebelum ini.


Menurut beliau ia merupakan satu penghormatan dan langkah yang tepat oleh pihak Kerajaan Pusat untuk melantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bagi menganggotai jawatankuasa khas kabinet berkenaan.


Sambil menyifatkan Uggah sebagai individu yang berkelayakkan untuk memikul tugas itu, beliau berpendapat bahawa Ahli Parlimen Betong berkenaan mampu menyelesaikan masalah secara efektif menerusi pengalaman yang ada dalam dirinya.


“Terdapat jurang pembangunan yang cukup besar di antara penduduk di kawasan bandar dan luar bandar terutama sekali dari segi aspek sosial, ekonomi dan pendidikan.


“Justeru sudah tibanya masanya bagi kerajaan untuk memberi perhatian mengenai isu pembangunan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya sekali bumiputera walaupun usaha itu lebih tertumpu terhadap kawasan bandar pada masa dahulu,” katanya menerusi laman web sarawakupdate.com hari ini.


Masing juga berkata bahawa Uggah dan Idris boleh merujuk pihak kementerian Kerajaan Negeri Sarawak untuk melihat langkah terbaik bagi membantu menyelesaikan isu terbabit.


“Setelah kita tahu apa yang mereka mahukan maka pihak kita akan dapat merangka mekanisme untuk membantu kumpulan sasaran tersebut.


“Bagaimanapun pihak pejabat Residen dan Jabatan Kebajikan juga boleh membantu siapa di antara mereka yang memerlukan bantuan. Paling penting sekali ialah mengenai perlaksanaan mekanisme ini disamping sepantas mana pihak kita boleh membantu mereka,” katanya.


Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman web malaysianmirror.com pada 17 Oktober lalu dikatakan bakal mempengerusikan jawatankuasa khas kabinet ini bagi memperkenalkan dasar dan memantau progres pembangunan terhadap penduduk bumiputera di Sabah serta Sarawak.


Tamat.


1 comment:

  1. Pihak Kerajaan menganjur kursus ternakan burong walet, porjek sarang burong yang diadakan dibahagian Betong. Para Oencaramahnya terdiri dari Pegawai yang bernama Wong Joe Jee, dan beliau adalah saorang pakar dalam bidang pameliharan burong walet. Terjadi perkara yang tidak baik akibat dari anjuran projek kerjasama dalam mamiliharaan burong dengan usaha sama terjadi pemilik tanah turun kan tanda tangannya perkongsian pemiliharaan, tetapi terjadi menurun tanda tangan untuk pindah milik tanah pemilik kpd Wong. Surat pamindahan dibuat melalui Peguam dan dalam bahasa English. Sipemilik tanah tanda tangan tempa penilitian, akhirnya selepasa diketahwi kemudian Wong telah berdaleh dan demi kapetingannya dan pemilik tanah tidak dapat berbuat apa apa. Mana mana tanah yang telah pun tukar milik kpd Wong bolih dianggap satu penipuan dilakukan. Pemilik asal terpeksa menarima diatas hakikat kebodohannya dan kedaefannya. Dari itu baru baru ini kursus yang sama ada dianjur oleh SEDC di Bintulu, dirasmi oleh Pengurusi SEDC dan Wakil DUN Tatau, caramah ddibuat oleh Wong Jor Jee. Oleh itu kami mengingatkan rakan rakan di Bintulu berwaspada terhadap Wong ini dan jika ada perbuatan perjanjian kerjasama dalam perniagaan ternakkan ini surat perjanjian perlu diteli dan dibaca dengan terang supaya jangan tertibu saperti berberapa orang diBahagian Betong.Sama sama lah juga pihak DUBS Bintulu berhati bati dengan orang bernama Wong Joe Jee.

    ReplyDelete